Khir Azman Bin Kassim

Dilahirkan di Tawau, Sabah pada 14 FEB 1952 Suku Tidong. Memulakan alam persekolahannya di GPS Kuala Apas, GSS St Patrick Tawau sehingga Form II dan diterima berkhidmat dengan Pasukan Polis Diraja Malaysia pada 15 OKT 1970, mengikuti latihan Asas Rekrut di PULAPOL Jalan Gurney Kuala Lumpur. Setelah selesai latihan dia ditempatkan  dalam Cawangan Marin dan ditugaskan didaerah-daerah berikut:

Kota Kinabalu dari tahun 1971 hingga 1973,

Kudat dari tahun 1973 hingga 1978,

Sandakan dari tahun 1978 hingga 1980,

Lahad Datu dari tahun 1980 hingga 1998,

Semporna dari tahun 1998 hingga tahun 2000, dan

Tawau dari tahun 2000 hingga 13 FEB 2007 bila mana dia memilih untuk bersara awal pada usia 55 tahun. Semasa dalam berkhidmat itu dia meningkatkan tahap pendidikannya dengan belajar sendiri dan lulus SRP (Sijil Rendah Pelajaran) dia terpilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 1995. Menemui jodohnya dengan Jaliha Bte Hj Abas suku Brunei berasal dari Kudat. Pernikahan dan perkahwinan dengan restu kedua orang tua mereka berlangsung di Kudat pada 24 OGOS 1975. Percintaan dan kasih sayang mereka terikat kukuh disertai  5 orang putera dan seorang puteri.  Ketekunannya yang berterusan berjaya menempatkan dirinya dengan kejayaan menaiki pangkat-pangkat seperti berikut :

Kopral pada 01 JUN 1987,

Sarjan pada 01 JUL 1993,

SM atau Sarjan Major  pada 01 ARP 1997, dan

Pangkat tertinggi bagi APR iaitu Sub Inspektor pada 01 APR 2000. Setelah bersara dia kini menetap dan tinggal di rumah sendiri di MDLD 3595, Lot 421, Taman Aman 3, Jalan Silam, 91100 Lahad Datu, Sabah. Kerja sampingan mengisi masanya adalah mengusaha kebun sawit,  membaca dan kini mula mendekatkan diri pada dunia IT dengan berjinak-jinak dengan penggunaan Komputer. Aktif  berbakti secara sukarela dalam Persatuan Bekas Polis Malaysia sebagai Bendahari II Ahli Jawatankuasa Penaja Cawangan Silam,  Lahad Datu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: