About

LOGO PERSATUAN DENGAN MOTO BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH

‘BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH’

Persatuan Bekas Polis Malaysia telah wujud dengan didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984 (Peraturan 9 (1)).
Undang-Undang Tubuh atau Perlembagaan yang digunapakai dengan pindaan terakhir pada 5 April 2001
Persatuan ini dinamakan PERSATUAN BEKAS POLIS MALAYSIA
(MALAYSIAN EX-POLICE ASSOCIATION)
Nasional bermakna Ibu Pejabat Pusat atau Persatuan peringkat Kebangsaan atau Pusat (Induk)
Negeri bermakna Persatuan peringkat Negeri atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Cawangan bermakna Persatuan peringkat Daerah atau Daerah Kecil Polis
Cogankata Persatuan ini ialah BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH
 
Fasal 5 : Tujuan Asasnya: 
Membela dan menjaga kepentingan keamanan dan kedaulatan Negara, Bangsa dan Agama. Terutama kepada mereka yang telah terkorban dan yang mendapat cacat cedera kerananya.
Mempertingkatkan dan mempertahankan serta mengekalkan semangat muhibah, perpaduan, silatulrahim dan kasih sayang diantara ahli bekas-bekas Polis itu sendiri dan keluarga mereka dan dengan anggota pasukan Polis Diraja Malaysia yang masih berkhidmat.
Memberi bantuan dan pertolongan kepada ahli-ahli bekas Polis dan tanggungan mereka yang memerlukan bantuan kebajikan dalam masa mereka itu dalam kesulitan seperti rawatan sakit yang dihidapi.
Banyak lagi…….
Fasal 6 : Kelayakan Keahlian:
6.1 Jenis Ahli :
Ahli Persatuan ini terbahagi kepada lima (5) kategori iaitu:
6.1.1  Ahli Biasa
6.1.2   Ahli Bersekutu
6.1.3  Ahli Seumur Hidup
6.1.4  Ahli Kehormat
6.1.5  Ahli Gabungan
 
6.2   Ahli Biasa :
Terdiri dari semua Warganegara malaysia yang telah berkhidmat berterusan tidak kurang dua belas (12) bulan dalam Pasukan yang berkaitan seperti berikut:
6.2.1   Bekas Anggota Polis Di Raja Malaysia
6.2.2  Bekas Anggota Polis Tambahan (EPC), termasuk Bekas Anggota Pasukan Pengakap Sempadan, Skuad Hutan, Unit Kawalan Kawasan dan Unit Senoi Praaq.
6.2.3  Bekas Anggota Polis Khas (SC)
6.2.4  Bekas Anggota Polis Bantuan (AP) termasuk Pasukan Kawalan Kampung (HG) atau lain-lain Unit yang ditubuhkan di bawah Akta Polis yang telah berkhidmat di antara tahun 1948 hinggfa tahun 1963.
6.2.5  Bekas Anggota Pasukan Sukarelawan Polis (PVR)
6.2.6  Bekas Anggota Polis Singapura yang berkhidmat tidak kurang daripada dua belas (12) bulan dalam Pasukan itu sebelum tarikh 8 Ogos 1963 bermastautin dan menjadi Warganegara Malaysia
6.3  Ahli Bersekutu :
6.3.1   Terdiri dari semua permastautin danmenjadi Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada dua puluh satu (21) tahun seperti berikut : 
6.3.2  Bekas Anggota Polis Singapura yang pernah berkhidmat secara berterusan selama tidak kurang daripada dua belas (12) bulan dalam Pasukan Polis itu selepas tarikh 8 Ogos 1965.
6.3.3  Bekas Anggota Polis Diraja Brunei Darul Salam yang pernah berkhidmat secara berterusan selama tidak kurang dua belas (12) bulan dalam Pasukan itu. 
6.3.4   Bekas Anggota Pasukan Polius yang tidak memenuhi syarat-syarat seperti Fasal 6.2 di atas.
Semua Balu atau Duda kepada Bekas Anggota Polis seperti yang ternyata dalam Fasal 6.2 di atas
6.3.5  Isteri, Suami atau Anak kepada Bekas Anggota Polis yang telah menjadi Ahli di bawah Fasal 6.2 di atas sahaja.
6.4  Ahli Seumur Hidup :
Terdiri dari semua yang telah menjadi arau layak menjadi Ahli Biasa atau Ahli Bersekutu, mengikut kategori masing-masing, yang dilulus dan dipersetujui oleh Persatuan, dan yang telah membayar yuran mengikut peruntukan tertentu Fasal 10.
6.5  Ahli Kehormat :
Terdiri dari mereka-mereka yang mempunyai kedudukan yang baik, yang telah banyak membuat jasa kepada Pasukan Polis Diraja Malaysia, PBPM, Masyarakat, Negeri atau Negara. Mereka ini boleh dipelawa menjadi Ahli Kehormat tertakluk kepada persetujuan dan kelulusan Majlis Tertinggi. Kemasukan mereka ini tidak dikenakan apa-apa bayaran. Ibu Pejabat Pusat akan mengeluarkan surat pengesahan atas keahliannya. Majlis tertinggi juga berkuasa mengkaji dan membuat sebarang keputusan kepada keahlian dari semasa ke semasa jika terdapat keperluan.
6.6  Ahli Gabungan :
Terdiri dari Persatuan-Persatuan yang berdaftar di dalam atau luar Negara.

 

%d bloggers like this: