Ex-Kpl 42569 Kusai Bin Said

Ex-Kpl Kusai Said

Kusai Bin Said keturunan Melayu dilahirkan pada 12 JUL 1945 di Batu 2 ½ Jalan Asam, Lahad Datu. Memperolehi pendidikannya di GPS Lahad Datu hingga lulus Darjah Enam. Memulakan kerjaya dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia pada 06 Ogos 1966. Mengikuti kursus asas sebagai rekrut di Pusat Latihan Polis Jalan Gurney, Kuala Lumpur. Seperti anggota polis lainnya status Kusai dikategori sebagai Konstabel setelah Berjaya menamatkan latihan sebagai rekrut selama Sembilan (9) bulan.

Dia memulakan khidmatnya sebagai Konstabel dalam Cawangan Tugas Am di Balai Polis Jesselton (Kota Kinabalu sekarang) dalam tahun 1967, di Balai Polis Menggatal, di Balai Polis Tanjong Aru tahun 1968, kemudian bertukar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Luar Bandar Sandakan dalam tahun 1970 kemudian ke Balai Polis Bandar Sandakan tahun 1972, ke Balai Polis Telupid dalam tahun 1973.

Awal tahun 1974 dia mengikuti Kursus Asas Semboyan (sekarang Cawangan ini dikenali sebagai cawangan Komunikasi). Memperolehi gred III melalui kursus itu dia ditempatkan di bahagian Komunikasi di Kompeni ‘D’ Batalion 16 Pasukan Polis Hutan (PPH) di Tawau pada 01 JUN 1974. Bertukar ke Kompeni ‘C’ Batalion 16 Pasukan Polis Hutan (PPH) di Sandakan dalam tahun 1978. Tahun 1992 bertukar ke Kompeni ‘C’ Batalion 7 PPH Sandakan dan Kompeni sama apabila berlaku penyusunan semula semua Batalion serta pertukaran nama PPH kepada PGA yang menjadikan Batalion 7 PPH dijadikan sebagai Batalion 15 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sandakan dalam tahun 1993.

Untuk melengkapkan dirinya dengan perkembangan cabaran baru tugas, dia diberi peluang mengikuti pelbagai Kursus serta lulus cemerlang antaranya Kursus Tingkatan Gred III Siri 1/74 dalam tahun 1974,  Gred II Siri 3/78 pada 7 DIS 1978, Gred I Siri 4/80 pada 18 JUN 1980. Kursus Asas PPH siri 2/91 di Pusat Latihan Polis Bukit Siol, Sarawak. Kursus Ulang Kaji PPH di Kem Kukusan PPH Tawau dalam tahun 1966 yang dikendalikan Angkatan Tentera dari 6 RAMD.

Menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dalam tahun 1974 serta Pingat Perkhidmatan Am.

Jodoh ditemuinya dengan gadis Kegayan nama Anida Bte Eling di Kampong Sungai Batang, Sandakan. Hubungan mereka diikat dengan pernikahan dan perkahwinan pada 01 SEPT 1992 dengan restu kedua belah keluarga. Mereka dikurniakan seorang anak yang mereka namakan Mohd Azmi.

Setelah bersara wajib pada 12 JUL 2002 setelah berkhidmat selama 33 tahun 11 bulan dan 5 hari. Kini menetap di Kg Sapagaya boleh dihubungi melalui Peti Surat 61994, 91128 Lahad Datu. Nombor Telefon 0198998349 dan 0138850867

Menyertai Persatuan Bekas Polis Malaysia Silam dengan pelawaan kawan-kawan dan bila berada bersama didalamnya katanya, dia setuju dengan persatuan ini kerana kegiatannya adalah terbuka dan ikhlas dalam menyatu padukan bekas-bekas Polis di Lahad Datu. Dengan hadir perjumpaan setiap bulan, saya katanya, dapat berkenalan dan bermesra dengan ahli-ahli lain yang pengalaman tugas sama dengan saya, itu memudahkan kita berinteraksi dengan baik dan berkesan. Membawa kenangan lama yang penuh nostlagia.

Berikut di bawah ini gambar-gambar yang mempunyai erti tersendiri baginya sepanjang perkhidmatan.

Sebelum keluar ke Bandar Raya KL waktu latihan Rekrut 1966
Selepas Baris Tamat Latihan Rekrut pada 6 Ogos 1966 – 29 FEB 1967
Diabadikan semasa bertugas di Sandakan

 

Pendakian Gunung Kinabalu Tahun 1974
Segak dan sentiasa siap siaga

Sudah sebati dengan tugas-tugas semasa dalam Gerakan

Hadiri Kursus Usahawan pada tahun 1997 di Sandakan sebelum bersara

Tugas utama yang membawa pengalaman dan banyak kenangan kepadanya

 

Inilah Kusai dizaman kanak-kanaknya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: