Ex-Kpl 47676 Andurangan Bin Tubay

Ex-Kpl Andurangan

Andurangan Bin Tubay suku Dusun Bagahak menganut agama Kristian dilahirkan di Ulu Tungku, Lahad Datu, Sabah pada 31 DIS 1949.  Belajar di SRK Ulu Tungku sehingga tamat Darjah VI. Tidak dapat meneruskan ke Sekolah Menengah kerana ketika itu Tungku adalah satu tempat yang terpencil tanpa apa-apa kemudahan asas terutama jalanraya. Perjalanan dari Tungku ke Lahad Datu ketika itu hanyalah melalui laut dan memakan masa 4 ke 5 jam untuk perjalanan sehala sebab itu dipercaya ada orang Tungku tidak pernah dan tidak tahu dimana Lahad Datu, kecuali mereka yang mempunyai hajat besar dan tidak dapat dielakkan. Dalam keadaan tertinggal begitu anak muda bernama Andurangan merasa amat bertuah kerana Pasukan Polis Diraja Malaysia menerimanya berkhidmat. Andurangan pun tidak ragu-ragu lagi terus menerima tawaran itu pada 05 JUL 1969 dan menjalani latihan asas rekrut di Kepayan, Kota Kinabalu. Kumpulan khas dan pertama kali dilatih di Kepayan untuk memenuhi kekosongan jawatan serta keperluan tenaga dalam Pasukan Polis Hutan di Sabah. Latihan itu dilanjutkan lagi di Pusat Latihan Bukit Siol, Sarawak. Sebaik tamat latihan Andurangan bersama-sama dengan kawan selatihan yang lain semuanya ditempatkan dalam Pasukan Polis Hutan dan dihantar bertugas di Sarawak sehingga tahun 1972. Tahun 1973 ke tahun 1989 dia ditempatkan di Pasukan Polis Hutan di Sandakan dan bermula tahun 1990 ditempatkan di Pasukan Polis Hutan di Lahad Datu hinggalah bersara wajib genap umur 55 tahun pada 31 DIS 2004. Dia dimajukan ke pangkat LKpl dalam tahun 1984 dan dinaikkan ke pangkat Kpl dalam tahun 1991.

Andurangan bertemu jodoh dengan gadis suku Kadazan berasal dari Kiulu, Tuaran dan mereka berkahwin pada 31 DIS 1975 di Kiulu, Tuaran dan mereka dikurniakan 3 orang anak yang mereka namakan (1)  Alymon lahir pada 29 SEPT 1976 (2) Slymeh dan (3) Alyvin. Keluarga sederhana ini hidup bahagia dalam kesederhanaan sejak bersara tinggal di Kg Wawasan, Jalan Dam, Lahad Datu. Boleh dihubungi melalui Persatuan Bekas Polis Silam atau terus kepadanya Peti Surat 60548, Lahad Datu. (Pos Kod 91111).

Kejayaan yang membawa kepuasan kepadanya bila berjaya bersama menumpaskan beberapa kegiatan jenayah antaranya pengedaran wang kertas palsu di Sandakan bernilai berjuta Ringgit Malaysia. Kemudian berjaya menangkap beberapa orang serta merampas 3 pucok pistol dan satu laras senjata berat jenis Garan. Kedua-dua kes ini telah berjaya didakwa di Mahkamah pada tahun 1984 dan tahun 1986.

Wajah Andurangan dalam tahun 1970
Dengan pakaian Istiadat dalam Tahun 1991
Dengan pakaian Celoring PGA dalam tahun 2002
Siap siaga dalam pelbagai Tugas – Tahun 1972

Gambar yang mengingatkannya kepada kesedihan semasa Operasi dalam Bulan Ramadhan, bila tiba Hari Raya dia bertugas diperbatasan dengan seorang anggota lain saja kerana anggota beragama Islam diberi cuti

Seronok bila pulang dari Operasi disambut isteri dengan wajah manis dan ceria apa lagi ada anak yang sentiasa mendorong untuk cekal dan sabar berhadapan dengan pelbagai kepayahan tugas

Bersama dalam pasukan dari BN 16 PPH semasa keluar dari kawasan Ops di Bau, Kuching, Sarawak. Saat gembira kerana selesai tempoh Ops dikawasan itu tanpa korban walaupun kawasan itu diistiharkan sebagai kawasan HITAM kerana disitu kubu Komunis Bintang Tiga

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: