PBPM Silam di Majlis Maal Hijrah

Pengerusi dan beberapa orang AJK dan ahli PBPM Silam hadir di Majlis Sambutan Maal Hijrah 1431 yang dianjurkan oleh Jawatan Kuasa Sambutan Maal Hijrah 1431 Peringkat  Daerah Lahad Datu di Masjid Al-Raudhah pekan Lahad Datu. Acara sambutan itu bermula pada petang 17 DIS 2009 iaitu doa akhir tahun, bacaan Yassin, tahlil kemudian jamuan makan malam. Keesokkannya 18 DIS 2009 Majlis Perhimpunan Maal Hijrah bermula pada jam 06.30 pagi di perkarangan Masjid yang sama. Dalam ucapan alu-aluannya Pengerusi Jawatan kuasa Penganjur merangkap Pegawai Daerah Lahad Datu Encik Zulkifli Nasir menyatakan kesulitan kewangan yang selama ini yang dihadapi dalam menganjurkan upacara keagamaan seperti ini dapat diatasi ditahun-tahun mendatang kerana katanya pihaknya sudah tubuhkan Tabung Badan Dakwah Daerah Lahad Datu.

Hj Sari Arshad bekas Penolong Pegawai Daerah Pentadbiran Lahad Datu telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1431 peringkat Lahad Datu. Tuan Hj Sari Arshad dilahirkan di Pulau Sakar Lahad Datu pada 10 Mei 1952. Setelah bersara dia kini adalah seorang pengusaha yang berjaya. PBPM Silam mengucakpan setinggi ucapan Tahniah dan Syabas untuknya. Mudah-mudahan ketokohan tuan akan menjadi inspirasi ahli-ahli PBPM Silam khasnya dan masyarakat Lahad Datu amnya.

Sebahagian AJK PBPM Silam yang turut hadir majlis Tahlil

Tazkirah oleh Imam selepas Tahlil dan bacaan Yassin sementara menunggu waktu Isya

Sebahagian jemaah khyusuk mendengar tazkirah

Ahli PBPM Silam bersama YB Datuk Hj Datu Nasrun selepas Majlis Tahlil

 

Ahli PBPM Silam di Majlis Perhimpunan pada pagi 18 DIS 2009

Dari kiri adalah Ketua Daerah, Pegawai Daerah, YB Datuk Hj Datu Nasrun di Majlis Perhimpunan Maal Hijrah itu

Dari kanan ialah Encik Abdullah Majid dan dikirinta Hj Idris Jikon

Sebahagian peserta Pertandingan Sepanduk

YB Dauk Hj Datu Nasrun menyampaikan ucapan perasmian

Wajah Tokoh Maal Hijrah 1431 Lahad Datu

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: