PBPM Silam Raikan Hari Jadi Ahlinya

Dalam perjumpaan Bulanan Persatuan ini pada 3 DIS 2009 telah diraikan ulang tahun Hari Jadi 9 orang ahlinya dengan doa semoga mereka semua dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, kesejahteraan keluarga dan dimurahkan rezeki masing-masing. Daripada 9 itu 5 hadir di majlis sederhana itu yang diikuti dengan nyanyian Happy Birthday dan masing-masing memotong Kek. Hari jadi kali ini adalah untuk mereka yang hari jadinya jatuh dalam Bulan Oktober dan November 2009. Mereka yang diraikan itu ialah (1) Mustapha Oyong  genap 66 tahun pada 7 OKT 2009 (2) Norjali Bin Bachi genap 68 tahun pada 02 OKT 2009 (3) Ayip @ Zamran Bin Tatan genap 60 tahun pada 14 NOV 2009 (4) Nasaruddin Amat genap 58 tahun pada 22 NOV 2009 dan (5) Puan Sulaya Hj Abdul isteri kepada Abdul Raji Taralus genap 57 tahun pada 20 NOV 2009. Acara meraikan Hari Jadi ini adalah acara bulanan sebagai pengisian perjumpaan ahli-ahli pada setiap bulan. 4 orang ahli lain yang juga diraikan tetapi mereka tidak dapat bersama dalam majlis itu atas sebab yang todak dapat dielakkan. Mereka ialah (1) Yusof Bangkawat genap 84 tahun pada 22 NOV 2009 (2) Nuh Mastul genap 71 tahun pada 12 OKT 2009 (3) Madik Handai genap 59 tahun pada 01 OKT 2009 dan (4) Malsiah Baidullah ahli Bersekutu genap 59 tahun pada 15 OKT 2009.

Kek sederhana tetapi mencerminkan usaha ikhlas mengarkabkan ahli

Nasaruddin Amat menucapkan terima kasih kepada Persatuan yang meraikan Hari Jadinya

Norjali Bachi juga menucapkan terima kasih. Sudah lama katanya Hari Jadinya tidak diraikan

Mustapha Oyong gembira kerana masih ada meraikan Hari Jadinya. 'Terima kasih pada PBPM Silam' katanya

Ayip @ Zamran Tatan ucapkan terima kasih pada PBPM Silam, 'usaha ini adalah baik dan perlu diteruskan' katanya

Puan Sulaya merasa tersentuh hati kerana ada lagi sudi meraikan Hari Jadinya. 'Tak mungkin dapat dilupakan dan terima kasih pada PBPM Silam' Katanya

5 orang yang diraikan Hari Jadi

Ramai-ramai menyanyikan Happy Birthday untuk mereka

Pemotongan Kek Hari Jadi didahului Puan Sulaya Hj Abdul

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: