Ex-Kpl 47316 Kuada Bin Jimon @ Mudzir

 

 Kuada Bin Jimon @ Mudzir dilahirkan oleh emaknya Puan Rioh Bt Sahar iaitu isteri kepada Ex-599 Sjn Jimon Bin Ganggal, semasa bertugas di Tawau Kuada dilahirkan pada 03 DIS 1947. Kuada adalah anak sulong daripada 13 orang adik beradiknya. Bapanya Sjn Jimon Bin Ganggal adalah suku Dusun dari Tambunan sementara isterinya suku Idahan berasal dari Lahad Datu, Sabah. Kuadah memulakan persekolahannya di SRK Tambunan sehingga tamat darjah VI. Bapanya bersara dari Pasukan Polis dalam tahun 1968 dan ketika itu pulalah Kuada memulakan kerjayanya dalam pasukan Polis Diraja Malaysia pada 01 APR 1968 semacam hendak menggantikan tempat bapanya. Kuada mengikuti latihan asas rekrut di Pusat Latihan Polis Jalan Gurney, Kuala Lumpur. Sekembalinya dari kursus asas selama sembilan bulan itu Kuadah bersama rakan-rakan satu skuatnya kembali ke Sabah dan masing-masing dipilih atau memilih tempat atau cawangan untuk memulakan tugas hakiki sebagai anggota Polis. Kuada memilih untuk berkhidmat dalam Pasukan Polis Hutan atau PFF ketika itu dan dia ditempatkan di Kom C di Sandakan. Bertemu dengan gadis pilihannya keturunan China/Hakka di Sandakan yang bawanya ke Tambunan dan mereka berkahwin disitu. Mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata yang mereka namakan Mudzleetah yang sulong, Mudzleenah yang kedua dan Mudzree yang bungsu. Sepanajng perkhidmatannya Kuada pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dari Ketua Polis Negara. Perkhidmatannya selamat 34 tahun hanyalah dalam Pasukan Polis Hutan (PPH) atau sekarang dikenali Pasukan Gerakan Am di Sandakan. Dia bersara wajib dengan pangkat Kopral pada 03 DIS 2002. Setelah bersara Kuada dan keluarganya menetap di Lahad Datu. Kehidupan keluarga bahagia hidup sederhana dengan anak-anak dan cucu di rumah sendiri di MDLD 2515 Blok 28-12 Taman Pertama 1, 91110, Jalan Silam, Lahad  Datu. Dia menjadi ahli PBPM Cawangan Silam dan menyatakan sokongan terhadap persatuan ini yang katanya sudah lama ditunggu-tunggu sejak bersara dia terputus hubungan dengan kawan-kawan yang dahulunya sama-sama dalam pasukan polis, walaupun ada kawan diluar sana tetapi agak berbedza sedikit kerana latar belakang kerjaya mereka tidak sama. ‘Gambar-gambar dibawah ini adalah banyak membawa pengertian tersendiri dalam kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan’ katanya. 

Kuada @ Mudzir dalam tahun 1968

  

Dalam Tahun 1987

  

Dengan Pangkat Kopral Dalam tahun 1996

Dalam Tahun 2000

Bersama isterinya Puan Adzizah Abdullah yang sentiasa faham dan bersama dalam semua situasi

  

Anak-anaknya adalah pembakar semangat untuk lebih bertanggungjawab

Semasa latihan di Padang Kawad Bukit Siol, Sarawak

Latihan kecekapan menembak di Padang Sasar Sri Aman Sarawak

Tugas utama lebih banyak dalam hutan

 

Bersama rakan seperjuangan dalam tahun1988

Senjata dan kewaspadaan adalah utama bila dalam hutan

Dalam rondaan di Kg Sungai Padas di Kinabatangan - Tahun 1993

Inilah pondok tempat tinggal semasa dalam Garakan

Beginilah bila tiba giliran berehat semasa dalam gerakan

Isterinya Puan Adzizah Abdullah giat bersama PERKEP Bahagian Kem Bt 10 Sungai Manila, Sandakan

Rakaman gambar kenangan semasa di Sri Aman Sarawak - 1988

Sebahagian ahli keluarga

 

Menerima Sijil Jurulatih Kawad di PULAPOL tahun 1996

 

Bertugas di Sinakut dilawati oleh pegawai Komunikasi - 1995

 

Bertugas di Nabawan - Tahun 1978

Tugas Kuada dalam PFF atau PGA sekarang tidak terhad di darat atau di hutan tetapi di laut juga - 1996

 

Peluang sedikit untuk santai dan rehat - Tahun 1993

 

Seronok bila ada Majlis Malam Mesra seperti ini dengan Kom 'B' PPH Sarawak - Tahun 1988

Rakam kenangan bersama sahabat di Malam Mesra - 1988

Kemesraan kawan-kawan yang sentiasa segar dalam ingatan Kuada - Tahun 1988

Dalam rondaan di Sungai Kapor Kuala Meruap - Tahun 1994

Kuada bersama bapanya Ex-Sjn 599 Jimon Bin Ganggal dihari jadinya yang ke 88 tahun pada 20 JUL 2009

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: