PBPM Silam rayakan Aidil Adha 2009

Walaupun Hari Raya Aidil Adha 2009 adalah pada 27 NOV 2009 tetapi AJK PBPM Silam menganjurkan sambutan perayaan pagi tadi 03 DIS 2009 bermula jam 10.00 pagi dihadiri oleh ahli dan keluarga mereka dan Ketua Polis Daerah Lahad Datu SUPT Shamsudin Bin Mat adalah tetamu yang diundang khas ke majlis itu. Pengerusi Penaja PBPM Silam Hj Idris Jikon dalam ucapan aluannya merakamkan setinggi terima kasih kepada tuan Shamsuddin atas kesudianya meluangkan masa untuk bersama dalam majlis ini walau pun hari ini adalah hari bekerja dan pastinya dia sebok dengan pelbagai tugas. Kehadirannya hendaklah diterjemahkan sebagai keperihatinannya serta penghargaanya kepada ahli-ahli persatuan yang pastinya akan menjadi suntikan semangat kepada ahli untuk  merasa tetap relevan walaupun sudah meninggalkan perkhidmatan.   SUPT Shamsudin pula dalam ucapan balasnya berterima kasih atas jemputan ke atasnya ke majlis ini dan mengucapkan tahniah kepada Hj Idris Jikon kerana terus membawa semangat berpasukan kepolisan hingga kini walaupun sudah bersara, kewujudan Persatuan ini adalah sesuatu yang baik dan harus dialu-alukan oleh semua pihak terutamanya bekas-bekas polis kerana hanya melaluinya dapat dipantau keperluan kebajikan  ahli-ahli disamping boleh dieratkan hubungan silaturrahim dikalangan ahli dan keluarga.  Ahli-ahlinya adalah orang-orang yang berpengalaman dan itu sangat berfaedah kepadanya terutama tugasnya berkaitan dengan pengumpulan maklumat yang ada kaitan jenayah dan dia mengharapkan ahli persatuan akan membantunya dan sampaikan maklumat itu terus kepadanya.  Dia katanya pasti akan memberi sokong kepada apa juga kegiatan menggerakkan Persatuan ini dan berjanji akan melibatkan Persatuan dalam kegiatan kemasyarakatan yang akan dirancang dan dijalankannya dimasa akan datang.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa diketuai oleh Ustaz Abd. Rahman

Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi PBPM Silam Hj Idris Jikon

SUPT Shamsudin Ketua Polis Daerah Lahad Datu menyampaikan ucapannya Hadirin mendengar ucapan mesra Ketua Polis DaerahMenikmati juadah yang disediakan bersama oleh ahli

KPD Lahad Datu menanada Buku Pelawat PBPM Silam

Hj Idris Jikon menyampaikan cenderakenangan kepada SUPT Shamsudin

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: