Selamat Hari Raya Aidiladha

Pengerusi dan AJK Penaja PBPM Cawangan Silam yang beragama Islam merakamkan sebesar-besar rasa syukur pada Allah atas limpah kurniaNya kerana masih memberi peluang bersama di  Hari Raya Aidiladha tahun 2009 ini dalam keadaan yang semporna. Terima kasih kepada semua ahli-ahli yang sabar menempuhi semua keadaan yang dilalui bersama selama cawangan Persatuan ini ditaja sejak setahun lalu. Tanpa sumbangan serta sokongan padu yang ikhlas dari sudara-saudara semua pasti Persatuan ini tidak dapat bergerak seperti yang kita sama-sama lalui, walaupun ianya masih teramat jauh ke matalamat yang kita harap dan cita-citakan. Bagaimana pun kini tidak dapat dinafikan bahawa bibit-bibit kerja sama dan persefahaman sudah ada dan ini sudah cukup menghangatkan AJK terus merancangkan apa mampu dilakukan dalam keadaan dimana Persatuan ini dalam serba kurang. Untuk itu marilah kita sama-sama mengingati  ayat Al-Quran  yang terjemahannya lebih kurang ‘Demi masa sesunggohnya manusia itu sentiasa dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan sentiasa berbuat kebaikan’. Dari Aidiladha tahun 2008 dan tahun-tahun sebelumnya ke tahun 2009 ini mungkin ada yang  menyedari berapa banyaknya masa sudah dilalui. Yang pasti masing-masing sudah tertanam nilai keprihatinan dan dengan nilai itu kami mengajak saudara-saudara terus menyumbangkan bakti dengan niat ikhlas untuk mendapat redha dan hidayahNya dengan menyumbang kepada persatuan yang kita ini, mudah-mudahan ianya tercatat sebagai terjemahan keimanan dan nilai kebaikan kita.  ‘Kebaikan’ itu mempunyai skop pengertian yang luas dan berbeda-beda mengikut nilai masing-masing. Bagaimana pun (Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji adalah hari penyatuan ummah dan ianya dirayakan umat Islam di seluruh dunia, perayaan terbesar dalam Islam selain Aidilfitri yang dirayakan  setiap tahun pada  1 Syawal.  Sementara Aidiladha pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah diikuti dengan ibadah korban.

Aidiladha adalah hari mengingatkan Umat Islam betapa besarnya pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam mentaati  perintah Allah s.w.t.

Sempena dengan hari yang istimewa ini kami AJK Persatuan Bekas Polis Malaysia Cawangan Silam serta  keluarga mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha serta maaf zahir dan batin kepada semua. Semoga pada tempoh masa yang sama ke tahun hadapan dapat  sama-sama mensyukuri semua nikmat yang ada dan mengisinya dengan keimanan serta kerja-kerja baik. Keikhlasan dan kejujuran pasti mendapat keberkatanNya. Amien.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: