YB Datuk Hj Datu Nasrun Datu Mansor

YB Datuk Hj Datu Nasrun

Persatuan Bekas Polis Malaysia Cawangan Silam petang tadi 21 NOV 2009 jam 2.30 telah mengadakan kunjungan hormat terhadap YB Datuk Hj Nasrun Bin Datu Mansor Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah kawasan N50 Lahad Datu merangkap Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah di pejabatnya di Bangunan Usia Lahad Datu. Dalam ucapan alu-aluannya Pengerusi Penaja Persatuan Bekas Polis Cawangan Silam Hj  Idris Jikon merakamkan kesyukuran atas limpah dan kurniaNya serta setinggi-tinggi terima kasih kepada YB Datuk Hj Nasrun yang sudi meluangkan masa menerima kunjungan Hormat oleh AJK  serta ahli PBPM Cawangan Silam. Antara lain Hj Idris Jikon memaklumkan YB bahawa Persatuan Bekas Polis Malaysia Cawangan Silam ini telah diwujudkan sejak bulan JUN 2008 dan kini dengan keahlian seramai 70 orang. Persatuan ini dinamakan sebagai Cawangan SILAM mengambil sempena nama kawasan Parlimen di Lahad Datu disamping dengan nama itu ia adalah wajar untuk  meliputi penyertaan bekas-bekas Polis yang tinggal di daerah Kunak dan Semporna. Setakat ini kegiatan Persatuan masih terhad kepada usaha-usaha untuk mengakrabkan hubungan silaturahim dikalangan ahli dan keluarga Persatuan dengan mengadakan perjumpaan bulanan disamping kegiatan lain seperti Hari Keluarga, lawatan amal terhadap ahli yang sakit, mengesan bekas-bekas Polis yang bermastautin di daerah ini supaya menyertai Persatuan. Pertemuan dengan YB Datuk hari ini adalah satu sejarah buat PBPM Silam dan ianya amat bermakna kerana ianya adalah satu pengitirafan serta sokongan YB kepada Persatuan. YB Datuk Hj Nasrun pula dalam ucapannya merakamkan  tahniah diatas usaha mewujudkan Persatuan ini dan terima kasih atas penghormatan memberinya peluang bertemu dan berkenal serta bermesra dengan ahli-ahli Persatuan pada petang ini. Katanya ini adalah julungkali Persatuan Bekas Polis di Lahad Datu kedengaran serta dirasai adanya kegiatan membawa ahli-ahlinya bersatu dan bergerak kehadapan bersama kepesatan perkembangan masyarakat lain. Katanya dalam tahun 2000 bilangan penduduk Lahad Datu hanya pada sekitar 150,000 tetapi kini mencecah lebih 300,000 orang, perkembangan ini adalah petanda baik kerana pertambahan penduduk ini pastinya disebabkan adanya pelbagai projek pembangunan dilaksanakan oleh Kerajaan dikawasan ini antaranya POIC. Bagaimana pun ada cabaran disebaliknya iaitu antaranya kesesakan jalanraya dan kebersihan di Bandar Lahad Datu katanya menjadi keutamaan dalam perhatiannya. Hal-hal lain seperti keselamatan katanya dia tiada keraguan malah berpuas hati. Ahli-ahli Persatuan telah juga memberi cadangan dan pendapat mereka cara bagaimana mengatasi masalah kekotoran dan sampah di Bandar Lahad Datu bila diminta oleh YB Datuk, katanya cadangan itu akan diambil perhatian dan diperhalusi bersama cadangan-cadangan lain yang sedia ada mengenainya. Diakhir ucapannya YB Datuk Hj Nasrun Datu Mansor menyatakan kesediaannya memberi bantuan yang termampu dalam usaha menggerakan kegiatan Persatuan Bekas Polis Malaysia Cawangan Silam. Hj Idris Jikon menyerahkan Buku Profile Persatuan dan Cenderakenangan dari PBPM Silam kepada YB Datuk Hj Nasrun.

 

YB Datuk Hj Nasrun Datu Mansor menyampaikan ucapannya
Mengikuti ucapan perkenalkan diri oleh ahli Persatuan
Mendengar ucapan Yang Berhormat
Hamzani Hj Hamzah
Sdra Ayip @ Zamrin Bin Tatan

Sdra Rabaha Hj Matwali

Sdra Joseph Siridon

Sdra David Gujing

Sdra Kuada @ Muzer Jemon

Sdra Andurangan Tubay

Sdra Khir Azman Bin Kassim

Diabadikan Kenangan bersama YB

Leave a comment