Lawatan Amal terhadap Ahli

Selepas selesai kunjungan hormat dan suaikenal dengan Ketua Polis Daerah Lahad Datu petang tadi 18 NOV 2009 jam 1.30 petang AJK dan Ahli diketuai oleh Pengerusi PBPM Silam sendiri Hj Idris Jikon membuat lawatan amal terhadap ahli Persatuan yang sakit iaitu Encik Yapuan Gahimbul @ Abdullah yang baru ini dirawat di Hospital Daerah Lahad Datu kerana sakit Gastrik. Sudah sembuh selepas 3 hari dirawat dan balik ke rumahnya di Kg Dusun dan sudah boleh berjalan dikeliling rumah. Lebih kurang seminggu lalu dia jatuh sakit semula selepas membersihkan kawasan rumahnya. Tangan sebelah kirinya sakit dan bengkak serta tidak boleh diangkatnya. Bagaimanapun dia masih boleh bercerita dengan baik. Katanya dia masih bernafsu makan. Ada ahli mencadangkan supaya dapatkan rawatan tradisional kerana ada usur-unsur keteguran. Bagimanapun harus juga dapatkan pemeriksaan dan rawatan Doktor.  Selepas itu rombongan membuat lawatan amal seterusnya terhadap Yusof Hj Sani dirumahnya di Taman Aman 3, Lahad Datu yang sudah lama sakit. Kelihatannya keadaannya ada baik sedikit berbanding lawatan yang lalu. Kita doakan semoga kedua-dua ahli ini akan segera sembuh.

Diabadikan kenangan bersama Yusof Hj Sani dirumahnya

Bergambar dihadapan rumah Yapuan Gahimbul di Kg Dusun, Lahad Datu

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: