Kunjungan Hormat pada KPD Lahad Datu

Persatuan Bekas Polis Malaysia Cawangan Silam diketuai oleh Pengerusi Penajanya Hj Idris Jikon bersama seramai 12  orang ahli Persatuan iaitu Encik Khir Azman Bin Kassim Bendahari, Encik Samin Dawai Setiausaha, Encik Asmali Bin Aspali Tim. Setiausaha, Encik Nasaruddin Bin Amat AJK, Encik Andurangan Tubay AJK, Encik Norjali Bin Bachi AJK, Encik Rabaha Bin Hj Matwali AJK, Encik Osman Bin Saggie, Encik Undop Baluah, Encik Kuada @ Muzer Jemon, Encik David Gujing dan Encik Mohd Zain Lalandang membuat kunjungan hormat terhadap SUPT Shamsuddin Bin Mat Ketua Polis Daerah Lahad Datu yang baru di pejabatnya pada 18 NOV 2009 bermula jam 12.00 tengah hari. Hj Idris Jikon dalam ucapan alu-aluannya  mengucapkan tahniah atas perlantikan SUPT Shamsuddin  ke jawatan Ketua Polis Daerah Lahad Datu serta ucapan selamat bertugas dan selamat datang ke Sabah dan Lahad Datu khasnya. SUPT Shamsudin mengucapkan terima kasih kepada Persatuan kerana mengatur pertemuan ini yang dianggapnya memberi peluang kepadanya kenal dengan ahli-ahli Persatuan yang memang telah menjadi hasratnya untuk bertemu dan berkenalan dengan mereka dan kunjungan ini katanya ‘macam orang mengantuk diberi bantal’.  Dia menaruh keyakinan bahawa bekas-bekas Polis yang rata-ratanya berkhidmat dalam pasukan tidak kurang 20 tahun tentunya mempunyai pengalaman yang luas dalam tugas-tugas polis. Menurutnya dia amat menghargai dan mengharapkan bekas-bekas Polis di Lahad Datu akan memberi sumbangan sekurang-kurangnya menyampaikan apa-apa maklumat yang berguna kepadanya terutama yang ada kaitan dengan keselamatn dan kesejahteraan masyarakat. Dia juga berjanji akan melibatkan Persatuan ini dengan kegiatan kemasyarakatan yang akan dirancang dan dilaksanakan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu kelak supaya hubungan yang sedia ada dapat dieratkan lagi. Diakhir majlis itu Hj Idris Jikon menyerahkan Buku Profile Persatuan PBPM Silam yang mengandung maklumat terperinci mengenai seramai 69 orang ahli dan kegiatan Persatuan itu sejak ditubuhkan dan Cenderakenangan kepada Ketua Polis Daerah Lahad Datu SUPT Shamsuddin Bin Mat.

Pertemuan dan salam buat pertama kalinya Hj Idris Jikon dengan SUPT Shamsuddin KPD Lahad Datu

 

Setiausaha PBPM Silam Encik Samin Dawai memperkenalkan dirinya

 

Bendahrri PBPM Silam Encik Khir Azman Kassim kenalkan dirinya

 

AJK Encik Nasaruddin Amat kenalkan dirinya

 

KK Undop Baluah kenalkan dirinya

Encik Osman Saggie kenalkan dirinya

Encik David Gujing perkenalkan dirinya

Encik Asmali Aspali perkenalkan dirinya

Encik Rabaha Bin Hj Matwali

 

Encik Andurangan Tubay

Encik Kuada @ Muzer Bin jemon

Encik Norjali Bachi

 

KPD Lahad Datu menyampaikan ucapan alu-aluannya

 

KPD Lahad Datu menerima chenderakenangan dan Buku Profile PBPM Silam dari Hj Idris Jikon

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: