Ex-LKpl Shukri Sulaiman

P

IMG

Pemuda negeri cik Siti Wan Kembang pada 12 JUN 1961 mendapatkan pendidikannya di Sekolah Menengah Rendah Kuala Kerai hingga lulus Sijil Pelajaran Malaysia. Memasuki pasukan Polis Diraja Malaysia pada tahun 1982. Mengikuti kursus asas sebagai Rekrut Polis di Pusat Latihan Polis Negeri Sembilan. Sebaik tamat latihan Shukri dipilih untuk bertugas dalam Cawangan Tugas Am (General Duty) dan ditempat di daerah Lahad Datu, Sabah. Pertukarannya di Lahad Datu itu rupanya mendekatkan dia dengan jodoh yang mungkin sudah tersurat dalam hidupnya, gadis yang kemudian dikenalinya lebih dekat dan terikatlah janji manis antara mereka untuk melayari kehidupan ini bersama. Gadis tempatan Lahad Datu Suku Kokos nama DALIYA BTE WEDLY berkerja di Lembaga Letrik Sabah, Lahad Datu itu dijadikannya isteri. Shukri meninggalkan Pasukan Polis dalam tahun 1996 kerana ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang sehingga kini meletakkannya sebagai usahawan. Dianugerahkan 4 orang cahaya mata berpasangan 2 lelaki dan dua perempuan. Shukri menamakan mereka Ridzuan, Wan Zurainie, Mohd Reezan dan yang bungsu Wan Nurain. Kini keluarga bahagia ini tinggal di Taman Aman 1, Lahad Datu, Sabah.

IMG (2)

Gambar bersama isteri dan 4 anak-anaknya

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: