Ex-Sjn 42862 Hamzani Bin Hj Hamzah

 
 
 

IMG

Ex-Sjn Hamzani Hamzah

Dilahirkan pada 03 FEB 1951 di Kg Tg Aru, Kota Kinabalu, Sabah. Memulakan pelajarannya di GJSS Kota Belud sehingga tingkatan Tiga dan dengan kelulusan itu Hamzani adalah suku Bajau. Bapanya Hj Hamzah adalah berasal dari Kota Belud dimana ada ramai ahli keluarga yang terdekat dengannya. Hamzani meletakkan kepercayaannya masa depannya terjamin dengan memasuki Pasukan Polis Diraja Malaysia pada 1 JAN 1970 bersama-sama 119 orang pemuda dari Sabah dalam TB 21 mengikuti kursus Asas sebagai Rekrut di Pusat Latihan Polis Jalan Gurney, Kuala Lumpur.  Setelah tamat latihan selama Sembilan (9) bulan itu Hamzani dan kawan-kawan satu squart itu pun balik ke Sabah. Bila balik ke Sabah Hamzani terpisah dengan kawan-kawan kerana masing-masing ditempatkan dipelbagai cawangan dan tempat. Hamzani sendiri dipilih untuk bertugas dalam Cawangan Tugas Am dan ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan. Pada 20 DIS 1971.

 

 

 Hamzani menunaikan hajat dan janjinya dengan gadis berasal dari Kg Batu 4 Jalan Sarip Osman, Kota Marudu dikenalinya dalam satu majlis pertandingan menyanyi di pekan Kota Marudu. Pandangan pertama itu sudah menambat hatinya dan pertemuan itu sebelum Hamzani memasuki Pasukan Polis. Akad nikah dan perkahwinannya dengan Sariha Bti Hj Awang suku Banjar itu pada 01 JAN 1972 di Kota Marudu, dengan doa serta restu kedua belah keluarga mereka dijadi bekalan dan ingatan mereka mengekalkan kasih sayang dalam kehidupan suami isteri dan melahirkan keluarga yang bahagia. Sepanjang perkhidmatannya selama 36 tahun, Hamzani pernah ditugaskan dibeberapa daerah antaranya di Beaufort dari 1974 hingga 1977, di Kota Marudu iaitu kampong halaman isterinya dari  tahun 1977 hingga 1980, kemudian ke lai Polis Karakit sebagai Penolong Ketua Polis Balai, Banggi  di Kudat, di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu bermula pada tahun 1986  dimana dia dinaikkan ke pangkat Kopral pada 01 APR 1996  dan jawatan terakhirnya sebelum bersara wajib ialah sebagai Penolong Ketua Polis Balai, Balai Polis Tungku, Lahad Datu dengan pangkat Sarjan.  

 Hamzani bersara wajib usia 56 tahun pada 03 FEB 2007. Hamzani adalah seorang yang peramah dan mesra, rajin serta tekun dalam menyelesaikan tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya. Sentiasa ceria dan cergas. Ringan tulang dalam memberi pertolongan dan bantuan menyebabkannya mudah didampingi dan disenangi kawan. Khidmat baktinya mendapat pengiktirafan dengan anugerah dari Yang DiPertuan Agong dengan Pingat Bentara Pasukan Polis pada 04 APR 2006 selain beberapa Surat Penghargaan yang diterimanya dari ketua-ketuanya.

 Hamzani dan isterinya Sariha Hj Awang dikurniakan lima (5) orang anak iaitu yang sulung dilahirkan pada 07 JAN 1973 dinamakan Husaini, yang kedua Hussin, yang ketiga adalah satu-satunya puteri dinamakannya Aminah, yang keempat Mohd Hamzie satu-satu puteranya mewarisi kerjaya bapanya dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia. Yang bungsu Muhd Hafizan.

 Hamzani menikmati kesihatan yang baik. Lama sebelum bersaranya dia membuat persediaan persaraannya di Lahad Datu dimana dia dan keluarganya kini menetap di Kg Silam. Masa lapang terisi dengan mengusaha sedikit perniagaan dan kebun sawit. Bila cawangan Penaja Persatuan Bekas Polis Malaysia  ditubuhkan di Silam, Lahad Datu, Hamzani dan isterinya adalah antara yang pertama dengan sukarela bukan setakat menyertai tetapi menyumbang idea dan tenaga untuk sama-sama membangun dan menghidupkan Persatuan yang masih serba kekurangan ini. Hamzani boleh dihubungi melalui alamat surat menyurat, Peti Surat 60703, Lahad Datu. Sabah.

 Diabadikan di bawah ini gambar-gambar yang mengandungi kenangan indah baginya.

Kenangan semasa latihan Rekrut di PULAPOL Jalan Gurney KL

Bersama kawan dalam aksi naik Motor di PULAPOL KL

Abdikan kenangan di Tugu Peringatan

 

IMG (2)

Gambar kenangan bersama adik beradik dalam tahun 1970

IMG (3)

Dengan cahaya mata pertama masa di Balai Polis Beluran pada 07 JAN 1973

 

IMG (4)

Semasa bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort. Keliahtan sama Osman Maidin dan Sameh Yahya

IMG (5)

Dengan Squart Mate iaitu Kamsil, Suka Buyon dan Jairul sama bertugas di Kota Marudu.

IMG (6)

Bersama rakan seperjuangan bertugas di Balai Polis Karakit, Kudat

IMG (7)

Bersama peserta Kursus Undang-Undang di Seri Aman Sarawak tahun 1983

IMG (9)

Gambar keluarga bersama isteri dan semua anak-anaknya ditahun 2003

IMG_0001 (2)

Bersama dalam rombongan mendaki Gunung Kinabalu dari IPD Lahad Datu diketua oleh Ketua Polis Daerah SUPT Idris Jikon pada 09 APR 1999

IMG_0001 (4)

Gayanya menterjemahkan kepuasan bila berjaya sampai di kemuncak Gunung Kinabalu pada jam 0605 pagi pada 10 APR 1999

IMG_0001 (5)

Bersama dalam rombongan ahli PERKEP IPD Lahad Datu melawat Sarawak dan Brunei pada 05 SEPT 2003

IMG_0001 (9)

Meneriama anugerah Pingat Bentara Pasukan Polis dari YDP Agong pada 04 APR 2006

Advertisements

1 Comment

  1. Saiful Lizam Adam said,

    November 23, 2009 at 5:02 am

    Assalamualaikum,

    Saya Saiful, anak sulung kepada Allahyarham SM Adam Ulis. Kami sekeluarga di Sarawak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha khas buat Pakcik serta keluarga. Mohon kemaafan andai ada silap dan salah yang telah kami lakukan. Halalkan segala jika ada yang terambil atau termakan oleh Allahyarham semasa selama berkhidmat di Lahad Datu. Kami merindui kenangan semasa bersama di Lahad Datu…

    KENANGAN BERSAMA ABADI SELAMANYA

    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

    -SAIFUL SERTA KELUARGA-


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: