Majlis Hari Raya PBPM Silam

 Majlis Hari Raya Keluarga Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Cawangan Silam pada 10.10. 2009 bermula jam 10.00 pagi tadi pejabat PBPM Silam di MDLD 6923, Lot 15, Lorong Perdana 1, Bandar Sri Perdana, Lahad Datu. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Rafiq kemudian diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh YBhg Hj Idris Jikon selaku Pengerusi Penaja PBPM Cawangan Silam dan dalam ucapannya dia merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas kesudian YB Hj Salleh Hj Kalbi Ahli Parlimen P 188 Silam untuk bersama ahli persatuan bekas-bekas Polis dan keluarga dalam majlis yang  sederhana  ini. Hj Idris menyatakan bahawa dengan kehadiran YB ini menjadikan majlis ini sangat bererti kepadanya dan kepada semua ahli-ahli serta keluarga Persatuan Bekas Polis Malaysia Cawangan Silam. Terima kasih juga kepada Pegawai Daerah Lahad Datu  Tuan Zulkifli Nasir yang diwakili oleh Encik Juraimin.  Pengerusi memperkenalkan PBPM Silam yang mula ditubuhkan pada 24 JUN 2008 dan kini telah dianggotai seramai 62 orang ahli termasuk 6 ahli Bersekutu. AJK Penaja seramai 14 orang. Dalam jangka masa setahun itu Persatuan telah berjaya mengadakan beberapa perjumpaan termasuk menganjurkan Majlis Hari Raya Keluarga di tahun 2008 dan Malam Mesra Keluarga Persatuan menjelang tahun 2009 pada 31 DIS 2008. Setakat ini gerakan hanya tertumpu untuk menyatupadukan bekas-bekas Polis di daerah Lahad Datu termasuk di daerah Kunak dan Semporna untuk menyertai Persatuan. Mereka didua daerah itu dipelawa kerana mereka tidak mungkin boleh menubuhkan satu Cawangan kerana bilangan mereka kurang dari 50 orang.  Semua bekas Polis yang ingin dengan sukarela adalah semuanya dipelawa menyertai Persatuan. Lebih ramai lebih baik supaya Persatuan dapat lahirkan pemimpin yang jujur dan ikhlas memperjuangkan atau membela nasib ahli-ahli Persatuan dan bekas-bekas Polis. Permohon pendaftaran sudah dikemukakan dan dipercayai sedang dalam pertimbangan. Pengerusi meminta jasa baik YB kalau-kalau dapat menyemak dan menyokong pendafataran itu dapat dipercepatkan  agar Persatuan ini dapat cepat digerakan. Pengerusi memaklumkan bahawa apabila Persatuan ini didaftarkan kelak, YB selaku Ahli Parlimen adalah secara langsung menjadi penaung kepada Persatuan ini mengikut perkara 19 Perlembagaan Persatuan itu. Selanjutnya semua ahli-ahli Persatuan diperkenalkan kepada YB dan kebanyakan mereka tidak asing baginya kerana dikenalinya secara peribadi. YB Hj Salleh dalam ucapan balasnya di Majlis tersebut mengalu-alukan serta memuji usaha menubuhkan persatuan ini di Silam, Lahad Datu kerana ianya memberi peluang kepada Kerajaan dan pihak-pihak tertentu memberi perhatian atau sumbangan yang diperlukan sebagai menghargai jasa bekas Polis yang semasa perkhidmatan mereka telah menyumbangkan budi dan bakti yang tidak ternilai dalam pelbagai situasi dan kapasiti secara tidak langsung mempastikan segala kegiatan dan urusan dalam masyarakat berjalan dengan selamat. Atas dasar itu YB Hj Salleh Hj Kalbi mengumumkan bantuan sebanyak RM5,000 kepada Persatuan ini selain berjanji akan memberi bantuan diperlukan pada bila-bila masa, dia juga katanya gembira dapat bersama dalam Majlis ini dan berterima kasih kepada Pengerusi Penaja PBPM Silam Hj Idris Jikon kerana menjemputnya.   Diakhir ucapannya YB mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada hadirin.

 

YB Hj Salleh Hj Kalbi menandatangani Buku Melawat PBPM Silam

YB Hj Salleh Hj Kalbi menandatangani Buku Melawat PBPM Silam

YB berramah mesra dengan ahli dan keluarga Persatuan bekas Polis

YB berramah mesra dengan ahli dan keluarga Persatuan bekas Polis

DSC07249

 

Kehadiran YB disambut oleh ahli-ahli Persatuan

Kehadiran YB disambut oleh ahli-ahli Persatuan

DSC07245
Back Drop yang disediakan

Back Drop yang disediakan

Berramah mesra sebelum Majlis dimulakan

Berramah mesra sebelum Majlis dimulakan

 

Kelihatan Tuan Hj Sari Arshad Mantan ADO Pembangunan Luar Bandar kini seorang usahawan berjaya

Kelihatan Tuan Hj Sari Arshad Mantan ADO Pembangunan Luar Bandar kini seorang usahawan berjaya

Hj Idris Jikon menyampaikan ucapan alu-aluan dan memperkenalkan ahli-ahli Persatuan yang hadir kepada YB Hj Salleh Hj Kalbi

Hj Idris Jikon menyampaikan ucapan alu-aluan dan memperkenalkan ahli-ahli Persatuan yang hadir kepada YB Hj Salleh Hj Kalbi

Setiap orang diberi peluang memperkenalkan diri masing-masing

Setiap orang diberi peluang memperkenalkan diri masing-masing

DSC07199
Ex-SI Rabaha Hj Matwali kenalkan dirinya

Ex-SI Rabaha Hj Matwali kenalkan dirinya

Ex-SM Asmali Bin Aspali. Timbalan Setiausaha PBPM Silam

Ex-SM Asmali Bin Aspali. Timbalan Setiausaha PBPM Silam

YB Tuan Hj Salleh Hj Kalbi sedang menyampaikan ucapannya

YB Tuan Hj Salleh Hj Kalbi sedang menyampaikan ucapannya

YB sedang melaksanakan pemotongan Kek Hari Raya bersama Pengerusi

YB sedang melaksanakan pemotongan Kek Hari Raya bersama Pengerusi

Menikmati juadah yang disediakan.

Menikmati juadah yang disediakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: