Ex-SI 42961 Rabaha Bin Hj Matwali

IMG

Ex-SI Rabaha Matwali

Haji Matwali dan isterinya Halimah Binti Mat Saruddin kedua-duanya adalah suku Brunei tinggal di Kg Sungai Keling, Labuan dianugerahkan seorang lagi cahaya mata  yang ketiga pada 13 JUN 1948 dan bayi yang baru lahir itu membawa kegembiraan kepada kedua suami isteri itu kerana bayi itu adalah lelaki sedangkan anak sulung dan kedua mereka adalah perempuan. Bayi lelaki yang comel itu segera diberi nama dan Rabaha adalah antara banyak nama yang difikirkan. Rabaha dipilih mengambil tuah hari kelahirnya pada hari Rabu. Memulakan alam belajarnya di GPS Pekan kemudian melanjutkan di St Anthony’s Secondary School, Labuan hingga tingkatan III. Memilih kerjaya dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia bermula pada 01 JAN 1970 bilamana dia bersama 119 orang pemuda dihantar ke Kuala Lumpur untuk menghadiri kursus asas sebagai Rekrut di Pusat Latihan Polis Jalan Gurney. Pada 15 Ogos 1970 kursus itu selesai dan Rabaha ditugaskan dalam Cawangan Marin sebagai Pelaut di kapal Marin PA27 yang berpangkalan di Tawau. Dalam tahun 1973 Rabah ditukarkan ke daerah Semporna meneruskan tugas sebagai Pelaut di Kapal Ronda Marin yang lebih besar iaitu PX11 (Sang Setia). 5 Tahun kemudian dalam tahun1978 Rabaha ditukarkan ke daerah Lahad Datu sebagai Pelaut di Kapal Ronda Marin PX16. Pada masa-masa tertentu apabila Kapal Marin dimana dia ditugaskan perlu ke Sandakan untuk pembaikan kerosakan atau penyelenggaraan, Rabaha terpandang gadis manis yang kemudian dikenalinya sebagai Mariah Binti Karim keturunan Banjar. Kerana ikatan sayang dan cinta sudah dapat dibendung lagi maka mereka pun diijabkabulkan di Sandakan pada 29 NOV 1979 dan Rabaha pun bawa isterinya ke Lahad Datu.  Dalam tugasnya di Lahad Datu itu Rabaha didedahkan bertugas dengan pelbagai Bot Marin yang kecil seperti PSC, PGR dan PAR. dengan pengalamannya melalui pendedahan tugas Rabaha berjaya lulus peperiksaan wajib kepada setiap anggota Polis Marin sebelum mereka dipertimbangkan naik pangkat iaitu Sijil Local Mate pada 6 JAN 1982. Dengan amalan disiplin serta prestasi kerja yang terpuji Rabaha dinaikkan ke pangkat Kopral pada 1 JAN 1985. Dengan pagkat itu dia tugaskan sebagai Genery dan Ketua Geladak. Pada 1 JUN 1990 Rabaha dinaikkan ke pangkat Sarjan dan dengan pangkat Rabaha ditugaskan sebagai Pandu Arah III di Kapal Ronda Marin PX 16. Dengan pengalamannya bertambah Rabaha Lulus peperiksaan di Kuching, Sarawak dan mendapat Sijil Local Master. Dengan kecemralngan berterusan dalam tugasannya Rabaha dipilih menghadiri pelbagai kursus yang ada kaitan dengan tugasnya di laut antaranya Kursus Radar Ploter dan Kursus menembak. Surat Penghargaan yang amat bererti baginya ialah yang diberikan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah dalam tahun 1986 dan dari Ketua Cawangan Marin Sabah pada tahun 1995. Minat Rabaha pada tugasnya di Cawangan Marin memang mendalam sebab itu prestasinya sentiasa tinggi untuk menghasilkan yang terbaik sehinggalah ketarikh akhir meninggalkan pasukan kerana bersara wajib genap umur 56 tahun pada 13 JUN 2005 dengan pangkat Sab Inspektor. Dia dianugerahkan 5 orang anak-anak iaitu Isnain, Sahidan, Saifudin, Darulfattoni dan yang bungsu adalah satu satunya bunga dalam keluarganya iaitu Dg Siti Rahmah.  Setelah bersara Rabaha dan keluarganya menetap di Lahad Datu.

 

IMG_0008

Bersama isteri dalam lawatan ke Semporna

IMG_0005

Dalam Kapal Marin PX 16 sentiasa dalam siap siaga setiap masa menghadapi musuh

IMG_0006

Perlu sentiasa sehat fisikal dan mental

IMG_0003

Menghadiri kursus untuk meningkatkan kecekapan dan kemahiran

 

IMG_0001

Segak dan bersemangat dengan pangkat Sarjan

 

IMG_0007

Kenangan bersama Pelakon Gerak Khas dalam penggambaran di Lahad Datu

IMG_0009

Kesempatan bercuti bersama isteri dan anak sulung di `Surrender Point' Labuan

IMG_0004

Menerima Surat Penghargaan daripada Komander Marin Pasukan dalam tahun 1996

IMG_0012

Kenangan dengan pakaian Seragam lama Polis Marin Malaysia

IMG_0013

Kapal Marin Polis yang menarik perhatian Rabaha sejak dibangku sekolah lagi dan dia bersyukur kerana dapat berkhidmat bersamanya hingga bersara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: