Ex-Kpl 95490 Abdul Raji Bin Hj Taralus

IMG_0005Dilahirkan pada 04 JUN 1952 di Kampong Tabak-Tabak, Semporna, Sabah. Pembelajarannya bermula di GPS Pulau Bum-Bum kemudian ke GJSS Semporna sebelum memulakan kerjayanya dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia pada 16 MEI 1972. Menjalani latihan asas sebagai Rekrut Polis di Pusat Latihan Polis Jalan Gurney, Kuala Lumpur. Setelah selesai latihan, Abdul Raji ditugaskan dalam Cawangan Polis Marin sebagai Pelaut di Lahad Datu sehingga tahun 1979. Semasa bertugas disitu dia sempat meningkatkan kelulusan akademiknya lulus SRP dalam tahun 1976 dan pada 07 FEB 1977 berkahwin di Kg Air, Semporna dengan gadis pilihannya SULAIYA @ DASIMAH Bt Hj ABDUL yang juga adalah suku Bajau berasal dari Kg Tabak-Tabak. Setelah berkahwin dia ditukarkan ke Sandakan ditugaskan sebagai Stoker/Engine Driver sehingga 1983 dan selepas itu ditukarkan ke Cawangan Marin Tawau hingga tahun 1985 dengan tugas yang sama. tahun 1985 dia ditempatkan kembali ke Sandakan sehingga tahun 1993 dan ditugaskan di Setor (SAU 41). Tahun 1993 dia sekali lagi ditempatkan di Cawangan Marin Lahad Datu sebagai Ketua Jentera III Kapal PX 16 dan itu adalah penempatan dan pertukaran terakhir baginya yang telah berkhidmat cemerlang selama 36 tahun 18 hari pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kerana meninggalkan Pasukan untuk bersara wajib genap umur 56 tahun pada 04 JUN 2008. Dikurniakan 5 orang anak yang dia namakan Romie, Raime, Faulinah, Rafini dan yang bungsu Mohd Ardi. Setelah bersara mereka kini menetap di Lahad Datu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: