Salam Merdeka 2009 dari AJK PBPM Silam

Sempena Hari Kemerdekaan ke 52 esok Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Bekas Polis Malayis (PBPM) Silam merakamkan salam Merdeka kepada semua. Ucapan syabas, tahniah dan terima kasih kepada pejuang-pejuang dalam pelbagai kedudukan mereka yang sama-sama menymbangkan kepada  Kemerdekaan ini 52 tahun lalu esok, tanpa pengorbanan mereka dalam pelbagai situasi, mungkin keadaan dikeliling kita tidak seperti yang kita lihat, rasai dan nikmati hari ini. Setelah 52 tahun kita telah meyaksikan bersama pelbagai perubahan berlaku dalam usaha mengisi kemerdekaan itu, tentulah masih banyak yang belum dicapai kerana perjuangan pengisian ini adalah sesuatu yang tidak kurang beratnya berbanding membawa kemerdekaan.  Yang lebih penting adalah kemerdekaan individu, apakah kita sudah Merdeka. Masing-masing mempunyai jawapan yang berdedza-bedza. Khas kepada bekas-bekas Polis kami mengajak tuan-tuan bersama-sama dengan sukarela serta ikhlas majukan persatuan tanpa memikirkan kedudukan dan pangkat semasa berkhidmat dahulu kerana Persatuan ini adalah ruang untuk kita melanjutkan kerja-kerja baik yang dimanahkan untuk masyarakat dan kini waktunya kita Bekas-Bekas Polis bersatu untuk bantu-membantu bekas-bekas polis dan keluarga mereka yang menghadapi pelbagai kesulitan. Melalui Persatuan yang menjiwai kejujuran dan keikhlasan, bukan untuk diri sendiri pasti  berupaya  melakukan sesuatu, bukan dengan wang ringgit tetapi mendengar dan memahami suara rintihan dan jeritan batin bekas-bekas  Polis yang dalam kesulitan untuk diketengahkan dan diperdengarkan kepada mereka yang kini berusaha untuk menghasilkan pengisian Kemerdekaan ini benar-benar menepati sasaran. Kalau tidak kita semua Bekas-Bekas Polis dianggap sebagai kumpulan yang sudah selesai dan tiada apa yang perlu diambil perhatian. Sama-sama kita renungkan dan sama-sama lakukan sesuatu sebelum Hari Kemerdekaan datang lagi dan akan terus datang lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: