Ex-Kpl 42218 Mustapha Bin Oyong

Ex-Kpl Mustapha

Ex-Kpl Mustapha

Keturunan Iban lahir di Terusan Sugut, Sandakan pada 04 JUL 1943 memulakan kerjayanya dalam Pasukan Polis pada 04 JUL 1964. Bertemu jodoh dengan Noraisah Bte Tanjong dan mereka berkahwin di Sandakan pada 07 SEPT 1968. Mereka dikurniakan 7 orang cahaya mata yang didahului anak sulung Noraidah lahir pada 02 OKT 1970, Norman pada 27 NOV 1973, Abdul Rasid pada 29 APR 1975, Norfadly pada 14 MAC 1979, Norazaria pada 08 APR 1983, Norfaizal pada 15 MEI, 1984 dan yang bungsu Nordiana pada 25 NOV 1985. Dengan prestasi kerja serta amalan disiplin yang baik , dia dinaikkan ke pangkat Kpl pada 01 MEI 1985. Seorang yang serba sederhana ini tetap memberi keutamaan kepada kecemerlangan perlaksanaan tugas yang diamanahkan kepadanya dan ini disahkan dengan adanya surat-surat penghargaan diterimanya yang diantaranya dari ASP Mohd Azman Dagi, Ketua Polis Daerah Lahad Datu melalui surat rujukan (PR) 57 bertarikh 12 MAC 1983, empat dari P/TPP Michael KK Chin, Ketua Polis Daerah, Lahad Datu melalui surat RF/42218 bertarikh 10 OKT 1983, rujukan sama bertarikh 23 MAC 1984,  rujukan sama bertarikh 1 NOV 1985 dan bertarikh 25 MAC 1987. Mustapha bersara wajib pada usia genap 55 tahun pada 04 JUL 1998. Kini Mustapha dan keluarganya menetap di Taman Pertama Satu, Jalan Silam, Lahad Datu. Menyertai Persatuan Bekas Polis Malaysia Cawangan Silam  supaya dapat terus bersama kawan-kawan seperjuangan dan atas penghargaan dan kebanggaan menjadi seorang bekas anggota polis.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: