Ex-SM Asmali @ Arman Bin Aspali

Picture 006Telah berkhidmat dengan Pasukan Polis Diraja Malaysia meninggalkan pasukan itu kerana bersara atas pilihannya sendiri pada 31 Ogos 2005 setelah berkhidmat selama 32 tahun yang mula diceburinya pada 19 MAC 1973.  Asmali adalah suku Bajau  dilahirkan di Semporna, Sabah pada 07 SEPT 1952 memulakan alam persekolahannya di SRK Lehak-lehak, Semporna. Dengan kelulusan Bridge Class II dia memulakan kerjayanya dengan Pasukan Polis Diraja Malaysia. Mengikuti kursus asas Rekrut di Pusat Latihan Polis Jalan Gurney, Kuala Lumpur. Sebaik saja tamat kursus asas Asmali diberi pendedahan tugas amali dalam Cawangan Tugas Am (GD), Trafik, JSJ dan MPV selama lebih kurang 2 tahun bemula tahun 1974. Pada 01 APR 1974 bertukar ke Cawangan Marin Bahagian Teknikal di Sandakan sehingga 01 APR 1976  dan dua tahun kemudian bertukar ke Jawatan Ketua Jentera Kapal Marin PA 25 di Lahad Datu. Pada 01 JUN 1978 ditempatkan ke Jawatan Penolong III Jentera Kapal Marin PX 16 yang juga berpangkalan di Lahad Datu sehingga tahun 1984. Selepas itu pada 01 OGOS 1984 ditempatkan ke Jawatan Ketua Jentera PLC 3 di Lahad Datu. Pada 01 OGOS 1988 ditempatkan ke Jawatan sebagai Ketua Jentera Kapal Marin PA 28. Pada 01 JUN 1991 sebagai Ketua Seksyen Mekanikal II di Sandakan dan pada 01 JUN 1994 dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Mekanikal I dan II di Sandakan dan penempatan terakhirnya sebelum bersara ialah pada 01 JUN 1998 sebagai Penyelia Mekanikal Bengkel Marin Sandakan. Kecemeralngannya dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya diberi ganjaran pangkat bermula dengan pangkat Kopral pada 01 APR 1986, ke pangkat Sarjan pada 01 APR 1991 dan ke pangkat Sarjan Mejor (SM) pada 01 APR 1996. Pada 17 NOV 1991 berkahwin dengan Hjh Haniza Bt Kalam suku Bugis yang kini ada surirumah sepenuh masa dan mereka dikurniakan 7 orang anak, Asmaliah, Jumniyah, Mohd Syukri, Sitti Aisyah, Mohd Syukur, Mohd Rezeky dan Mohd Nikmat. Setelah bersara pilihan sendiri pada 31 Ogos 2005 Asmali dan keluarganya kini menetap di Taman Aman Satu, Lahad Datu. Menyertai Persatuan Bekas Polis Cawangan Silam kini sebagai Timbalan Setiausaha sejak AJK Penaja ditubuhkan pada 24 JUN 2008.

Wajah Asmali pada 19 MAC 1973 mula berkhidmat dalam PDRM

Wajah Asmali pada 19 MAC 1973 mula berkhidmat dalam PDRM

Sebagai Kopral pada 01 APR 1986

Sebagai Kopral pada 01 APR 1986

Dengan Pangkat Sarjan pada 01 APR 1991

Dengan Pangkat Sarjan pada 01 APR 1991

Dengan Pangkat Sarjan Mejor (SM) pada 01 APR 1996

Dengan Pangkat Sarjan Mejor (SM) pada 01 APR 1996

Wajah setelah bersara pada 31 OGOS 2005

Wajah setelah bersara pada 31 OGOS 2005

Bersama isteri tersayang semasa di Pulau Labuan dalam tahun 2003

Bersama isteri tersayang semasa di Pulau Labuan dalam tahun 2003

Menyambut KPM ACP Muhammad Muda di Sandakan

Menyambut KPM ACP Muhammad Muda di Sandakan

Sedang berbagi pengalaman dalam ceramah di kursus Penyeliaan Tinggi untuk SM dan SI pada 21 DIS 2004

Sedang berbagi pengalaman dalam ceramah di kursus Penyeliaan Tinggi untuk SM dan SI pada 21 DIS 2004

Gambar kenang bersama pelakon Gerak Khas di Pangkalan Marin Lahad Datu dalam tahun 2002

Gambar kenangan bersama pelakon Gerak Khas di Pangkalan Marin Lahad Datu dalam tahun 2002

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: