Ex-Kpl 47935 Rosnah Bte Ali

Ex-Kpl 47935 Rosnah

Ex-Kpl 47935 Rosnah

Dilahirkan di Menggatal Kota Kinabalu pada 8 JAN 1952. Anak tunggal dari suku Bajau ini mendapatkan pendidikan awalnya di GPS Bolong di Tuaran kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di GSS Tuaran. Menerima tawaran untuk jawatan Konstabel dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia pada 23 NOV 1970 bersama 182 orang  pemuda dan 18 wanita termasuk Rosnah berlepas ke Kuala Lumpur dengan Kapal MV Kota Rajah dan bila di Pusat Latihan mereka  digabungkan dalam Skuat TB 23/1971 dengan tambahan seramai 200 orang lagi pemuda dari Semenanjung Malaysia sama-sama menjalani latihan asas sebagai Rekrut di Pusat Latihan Polis Jalan Gurney, Kuala Lumpur selama 9 bulan. Setelah tamat latihan asas itu Rosnah dipilih bertugas dalam Cawangan Semboyan dan ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di Kepayan sehingga tahun 1976. Ramai juga jejaka yang tertarik dengannya tetapi dia lebih tertarik dan terikat hati dengan seorang pemuda Bisaya berasal dari Beaufort, juga seorang anggota Polis dan mereka kenal akrab kerana sama-sama bertugas dalam Cawangan Semboyan. Pemuda tersebut ialah Konstabel Samin Bin Dawai. Tidak mahu diambil orang maka mereka mengikat pertunangan kemudian berkahwin pada 09 SEPT 1972. Seterusnya Rosnah mengikut suaminya bertukar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau dan bertugas disitu sehingga 1980. Kemudian sama-sama ditukarkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu dan bertugas disana sehingga 1994 dimana suaminya menjawat jawatan sebagai Ketua Cawangan Semboyan Daerah. selepas itu mereka ditukar lagi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sipitang dimana suaminya diberi tanggungjawab yang sama dan mereka bertugas disitu sehingga tahun 1996 kerana selepas itu mereka bertukar ke Ibu pejabat Polis Daerah Tuaran meneruskan tugas yang sama sehingga tahun 2001 untuk bertukar balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu. Bila Suaminya Kpl Samin Dawai bersara wajib pada tahun 2005 Rosnah telah dinaikkan ke pangkat Kpl dan mengambil alih jawatan sebagai Ketua Komunikasi di Lahad Datu hinggalah  lah bersara wajib pada 08 JAN 2008 genap usia 56 tahun setelah berkhidmat dalam pasukan Polis selama 36 tahun 11 bulan dan 25 hari. Ketekunan menyelesaikan tugas dihargai dengan dua kali diberi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang masing dalam tahun 1993 dan tahun 2000 oleh Ketua Polis Negara. Kemudian dianugerah Pingat BPP oleh Yang Dipertuan Agong pada 17 JUL 2007. Setelah Cawangan Penaja Persatuan Bekas Polis Malaysia ditubuhkan di Silam, Lahad Datu, Rosnah adalah satu-satunya bekas Polis Wanita menyertai Persatuan itu dan kini adalah antara AJK yang giat dan cergas. Selain menjayakan tugas-tugas hakikinya, Rosnah juga sentiasa ada bersama dalam hampir setiap kegiatan PERKEP dimana saja dia ditugaskan. Rosnah dan Samin dikurniakan 4 orang cahaya mata yang didahulu oleh Samiah, Saemah, Sufian dan yang bungsu Salbiah.

Wajah Rosnah sewaktu remajanya

Wajah Rosnah sewaktu remajanya

Gambar lama yang penuh kenangan

Gambar lama yang penuh kenangan

Wajah terbaru setelah bersara, kelihatan tenang tapi ceria

Wajah terbaru setelah bersara, kelihatan tenang tapi ceria

Gambar dengan suami, anak-anak dan cucu

Gambar dengan suami, anak-anak dan cucu

Dalam Kursus Komunikasi Pendengaran Dan Perhubungan Berkesan Melalui Telefon di Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar Johor pada 07-12 JUL 2007

Dalam Kursus Komunikasi Pendengaran Dan Perhubungan Berkesan Melalui Telefon di Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar Johor pada 07-12 JUL 2007

Tekun bekerja dan tekun juga dalam PERKEP. Kenangan bersama isteri Dato' Kamarudin Ali, Pengarah Pengurusan PDRM dalam lawatannya ke Lahad Datu pada 11 FEB 2006

Tekun bekerja dan tekun juga dalam PERKEP. Kenangan bersama isteri Dato' Kamarudin Ali, Pengarah Pengurusan PDRM dalam lawatannya ke Lahad Datu pada 11 FEB 2006

Bersama PERKEP Lahad Datu tahun 2004 membuat lawatan muhibbah kepada keluarga Polis di Balai Polis Pulau Tambisan

Bersama PERKEP Lahad Datu tahun 2004 membuat lawatan muhibbah kepada keluarga Polis di Balai Polis Pulau Tambisan

Menerima Surat Penghargaan dari SUPT Hj Idris Jikon Ketua Polis Daerah Lahad Datu sempena Hari Polis 25 MAC 2005

Menerima Surat Penghargaan dari SUPT Hj Idris Jikon Ketua Polis Daerah Lahad Datu sempena Hari Polis 25 MAC 2005

Yang DiPertuan Agong menganugerahkan Pingat Bentara Pasukan Polis (BPP) di Istana Melawati Putrajaya pada 17 JUL 2007

Yang DiPertuan Agong menganugerahkan Pingat Bentara Pasukan Polis (BPP) di Istana Melawati Putrajaya pada 17 JUL 2007

Suaminya Samin mengiringinya di Majlis Penganugerahan Pingat itu

Suaminya Samin mengiringinya di Majlis Penganugerahan Pingat itu

Bertemu kawan-kawan lama dalam Kursus Peralihan Sebelum Bersara di MARDI Kota Kinabalu pada 16 MAC 2007

Bertemu kawan-kawan lama dalam Kursus Peralihan Sebelum Bersara di MARDI Kota Kinabalu pada 16 MAC 2007

Rosnah adalah seorang isteri, seorang ibu, sahabat dan nenek yang sentiasa ramah mesra dan ceria menjadikan disenangi siapa saja.

Rosnah adalah seorang isteri, seorang ibu, sahabat dan nenek yang sentiasa ramah mesra dan ceria menjadikan disenangi siapa saja.

Bersama dengan Seragam PBPM Silam di Peringatan Hari Polis MAC 2009 di Lahad Datu

Bersama dengan Seragam PBPM Silam di Peringatan Hari Polis MAC 2009 di Lahad Datu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: