Perjumpaan ke-5 Ahli PBPM Silam

27 JUL 2009 lalu adalah perjumpaan kelima ahli-ahli PBPM Silam, Lahad Datu sepanjang tahun 2009 ini berlangsung di Pusat Tuisyen Sri Perdana di Bandar Sri Perdana bermula pada jam 10.00 pagi. 8 orang AJK hadir bersama beberapa orang ahli dan isteri-isteri mereka.  Pengerusi dan AJK mengalu-alukan kehadiran 3 lagi ahli baru iaitu Saudara Wak Denigal, Saudara Kusai Bin Said dan Saudara Mustapha Oyong ke perjumpaan ini dan dengan kediran mereka Pengerusi yakin akan lebih ramai lagi bekas-bekas polis di Lahad Datu, Kunak dan Semporna akan mendaftar menjadi ahli Persatuan ini. Setiap ahli yang baru hadir diberi peluang memperkenalkan diri serta menceritakan serba sedikit pengalaman semasa berkhidmat untuk dikongsi bersama. Perjumpaan kali ini diserikan dengan Potong Kek menyambut hari ulang tahun kelahiran tiga  orang ahli-ahli yang jatuh  dalam bulan JULAI ini tetapi hanya seorang yang dapat hadir bersama ia itu saudara Jainufah Hj Badar yang tepat dilahirkan 27 JULAI. Bacaan doa di ketuai oleh saudara Ismael Usman dijalankan sebelum pemotongan Kek memohon kesejahteraan, kesihatan yang baik, keselamatan, murah rezeki dan dipanjangkan umur oleh Allah untuk semua ahli dan keluarga bekas polis. Selepas pemotongan kek, jamuan ringan dihidangkan. selepas itu cabutan nama bertuah dijalankan dengan tujuan mengisi tabung persatuan. Saudara Jainufah Hj Badar yang menyambut ulang tahun kelahirannya diberi penghomatan mencabut satu nama untuk mencabut nama yang bertuah. Saudara Jainufah mencabut nama Puan Zaleha untuk mencabut nama itu.  Untuk ikut cabutan ini setiap ahli yang hadir perlu menyumbangkan RM5.00 seorang untuk mendapat hadiah sehelai baju kemeja berharga RK66.90. Nama bertuah yang dicabut oleh Puan Zaleha ialah NASARUDIN AMAT maka sehelai baju serahkan kepada Nasarudin oleh Wak Denigal yang buat pertama kali hadir perjumpaan ini diberi penghormatan menyampaikan hadiah itu kepada Nasarudin Amat.

Perjumpaan ini menetapkankan bahawa perjumpaan selanjutnya diadakan pada pagi jam 28 SEPT 2009 dan perjumpaan itu juga adalah sambutan Hari Raya PBPM Silam. AJK dan ahli yang hadir akan menjemput ahli-ahli dan juga bekas-bekas  polis yang ada di Lahad Datu untuk hadir bersama isteri masing-masing ke majlis itu. Perjumpaan juga menetapkan AJK dan ahli yang ada kelapangan  untuk sama-sama membuat lawatan muhibbah dan suaikenal dengan bekas-bekas polis di daerah Kunak dan di Semporna. Saudara Asmali Aspali akan menghubungi kawan-kawan bekas polis yang dikenalinya di Semporna serta mengatur perjumpaan tersebut.  Berikut di bawah adalah gambar-gambar sekitar perjumpaan.

Sama-sama menyanyikan lagu Happy Birthday untuk Saudara Jainufah Hj Badar
Sama-sama menyanyikan lagu Happy Birthday untuk Saudara Jainufah Hj Badar
Birthday Boy meniup lilin
Birthday Boy meniup lilin
Nasarudin menerima hadiah nama bertuahnya dari Wak Denigal

Nasarudin menerima hadiah nama bertuahnya dari Wak Denigal

DSC01788

Perjumpaan yang sentiasa menjalinkan kemesraan dan keharmonian

Perjumpaan yang sentiasa menjalinkan kemesraan dan keharmonian

Sama-sama berbincang secara telus dan buat keputusan bersama

Sama-sama berbincang secara telus dan buat keputusan bersama

Saudara Mastan Karim menerima sagu hati peribadi dari Pengerusi

Saudara Mastan Karim menerima sagu hati peribadi dari Pengerusi

Saudara Sulaiman Atok Ahli bersekutu yang selalu hadir perjumpaan

Saudara Sulaiman Atok Ahli bersekutu yang selalu hadir perjumpaan

Membuat cabutan nama bertuah

Membuat cabutan nama bertuah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: