Lawatan muhibbah

Pada 01 Ogos 2009 hari Sabtu sebagai mana ditetapkan dalam perjumpaan pada 27 JUL 2009 Pengerusi dan isteri bersama Setiausaha Saudara Samin Dawai dan isteri, saudara KK Undop Baluah dankeluarganya, saudara Hamzani Hamzah dan isteri, Kuada Jemon dan isteri  membuat lawatan muhibbah dan suaikenal dengan bekas-bekas polis di Kunak dan di Semporna. Bagaimana pun hanya dapat bertemu dengan Ex-SM Rashindin Bin Badardin dirumahnya di Kg Lormalong, Kunak. Yang lain tidak dapat ditemui kerana tiada dirumah. Pertemuan dengan Rashindin memberi peluang kepada rombongan melawat berkenalan dan mendengar cerita dari pengalamannya semasa berkhidmat dahulu. Dia dikurniakan 10 orang anak tetapi hanya 9 yang ada dan semuanya sudah bekerja. Seorang daripadanya anak perempuannya mewarisi kerjayanya dalam Pasukan Polis kini berpangkat Inspektor bertugas di Kota Kinabalu. Dia berasal dari Kinarut, Papar sementara arwah isterinya dari Petagas, Kota Kinabalu. Kini menetap di Lormalong kerana persediaan sebelum bersara seperti rumah dan kebun sawit katanya ada disini. Dia sudah bersara pada 31 Dis 1989 katanya dia senang dengan kedatangan rombongan itu kerana belum pernah dilawati seperti itu sejak bersara. Saudara KK Undop Baluah kata dia kenal Rashindin semasa sama-sama bertugas di Kudat tetapi Rashindin tidak ingat , bagaimana pun dia ingat Undop Baluah. Kesihatannya dan ingatannya masih baik  cuma sukar berjalan kerana lututnya sakit. Saudara Kuada juga menyatakan kenal dengan Rashindin.

Gambar rombongan sebelum berlepas dari Silam

Gambar rombongan sebelum berlepas dari Silam

Bergamabar dengan Ex-SM Rashindin Badardin dirumahnya

Bergamabar dengan Ex-SM Rashindin Badardin dirumahnya

rombongan dirumah Rashindin

rombongan dirumah Rashindin

Saudara Samin sedang mencatat sesuatu

Saudara Samin sedang mencatat sesuatu

KK Undop Baluah bersama Rashindin

KK Undop Baluah bersama Rashindin

Selepas itu rombongan terus ke Semporna tetapi gagal menemui mana-mana bekas polis kerana tiada hubungan

Selepas itu rombongan terus ke Semporna tetapi gagal menemui mana-mana bekas polis kerana tiada hubungan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: