Ex-Kpl Samin Bin Dawai

Picture 004Dilahirkan pada 26 Ogos 1944 di Kg Sukai Padas Damit dalam daerah Beaufort Sabah sebuah kampong yang jauh terpencil  tanpa apa-apa kemudahan asas ketika itu. Semua perjalanan adalah dengan berjalan kaki atau perahu. Penduduk Padas Damit adalah 99% dari Suku Bisaya dan Samin Dawai adalah dari suku itu juga. Ibunya meninggal dunia ketika umur Samin masih bayi. Dia dipelihara nenek sehinggalah dia membesar dan memulakan persekolahannya di GPS Padas Damit di awal tahun 1960 dan semasa dalam belajar ini kesulitan hidupnya dirasai dan mendapat simpati Guru Besar GPS Padas Damit ketika itu Cikgu Ahmad Awang Husin yang mengambil dan memeliharanya sebagai anak angkat dan tinggal bersama keluarga Cikgu itu di rumah guru yang disediakan. Bila Cikgu Ahmad bertukar ke GPS Patau dalam daerah Tambunan, Samin pun dibawa bersama dan Samin meneruskan pelajarannya di GPS Patau dalam darjah 4. Berada di Patau hanya lebih kurang enam bulan Cikgu Ahmad Awang Husin bertukar lagi ke GPS Tambunan kerana anak sulungnya nama Kamarudin selalu sakit semasa di Patau. Samin pun belajar di GPS Tambunan sehingga tahun 1965 Samin balik ke kampungnya di Sukai selama lebih kurang 4 bulan di ke Beaufort dan berkerja sebagai buruh bergaji hari dengan Jabatan Kereta Api Negeri Sabah. Akhir tahun tahun 1965 Bapa angkat Samin ia itu Cikgu Ahmad Awang Husin terjumpa Samin di Beaufort dan menasihati Samin supaya ikut dia dan belajar semula kerana kini katanya di berada di GPS Topokon, Tuaran. Samin pun ikut dan belajar semula sehinggalah dia tamat peperiksaan darjah enam diakhir tahun 1966.

Setelah lulus peperiksaan darjah enam itu bapa angkat Samin menawarkan supaya meneruskan pelajaran di  GSS Tamparuli tetapi Samin menolak tawaran itu kerana merasakan beban bapa angkatnya agak berat kerana ketika itu dua daripada 10 orang anak-anaknya sudah di sekolah menangah sementara yang lain juga masih belajar di sekolah rendah. Samin memohon kepada bapa angkatnya  supaya dibenarkan mencari pekerjaan. Samin pun mendapat kerja di Jabatan Pertanian Topokon sebagai buruh dengan gaji hari. Bekerja disitu selama lebih kurang setahun Samin mendapat tahu ada pengambilan anggota Polis. Dia menaruh harapan masa depannya akan lebih terjamin jika berkhidmat dengan Pasukan Polis Diraja Malaysia. Dia pun menghadiri temuduga di Balai Polis Tuaran dan berjaya melepasi ujian dengan baik.

Pada 31 Ogos 1968 Samin bersama 94 orang lain berlepas dari Jesselton (ketika itu) dengan Kapal Marin PLC 1 ke Kuching Sarawak dalam perjalan ke Kuala Lumpur untuk latihan asas rekrut. Pada 01 SEPT 1969 kursus asas rekrut bermula di Pusat Latihan Polis Jalan Gurney, Kuala Lumpur dan kursus itu berjalan selama 9 bulan.

Setelah tamat latihan itu Samin ditempatkan dalam cawangan Tugas Am di Tawau ditahun 1971 lebihkurang 7 bulan kemudian Samin memilih untuk bertukar ke Cawangan Semboyan yang memerlukannya hadir kursus asas semboyan selama 4 bulan di IPK Kepayan. Selepas kursus itu Samin ditempatkan semula ke IPD Tawau. Dalam Cawangan Semboyan. Akhir tahun 1971 itu Samin ditukarkan ke IPD Lahad Datu dalam Cawangan Semboyan hingga bulan JUN 1972 Samin bercuti selama 3 bulan.

Samin sengaja bercuti tiga bulan untuk merealisasikan rasa kasih sayangnya yang  dicurahkan kepada seorang gadis  bernama Rosnah Binti Ali yang juga adalah anggota Polis Wanita ketika itu bertugas di Cawangan Semboyan Ibu Pejabat Polis di Kepayan. Hubungan mereka sudah lama terjalin sebelum itu tetapi hanyalah melalui telefon.  Cuti itu memberi mereka peluang membuktikan bahawa mereka adalah benar-benar sudah menerima kasih hati masing-masing dan Samin meminta Rosnah bawanya menemui bapa dan ibunya yang berada di Kg Shahbandar, Tuaran. Tanpa keraguan lagi Rosnah bersetuju dan membawa dan memperkenalkan kekasihnya kepada Bapa dan Ibunya di Kg Kuala Shahbandar, Tuaran. Oleh kerana Samin merasakan kehadirannya disenangi maka dia pun tidak segan-segan menyatakan sendiri dengan terus terang kepada kedua orang tua Rosnah  hajatnya  melamar Rosnah untuk dijadikan isterinya.  Walaubagaimanapun tiada jawapan diberi tetapi Samin diminta oleh keluarga itu supaya kembali sekali lagi dalam 10 hari kemudian untuk mendapat keputusan keluarga. 10 hari kemudian Samin ditemani oleh Rosnah sendiri kembali ke Kg Shahbandar dan jelas waktu itu ramai saudara Rosnah berkumpul dirumah. Samin dan Rosnah merasa gembira dan bahagia kerana apa yang mereka harapkan selama ini dipersetujui oleh seluruh ahli keluarganya. Pertunangan pun dijalankan dan lebih kurang 3 bulan kemudian Samin dan Rosnah pun diijabkabulkan pada 09 SEPT 1972.

Selepas kahwin itu Samin pun kembali bertugas kerana cutinya juga sudah habis. Samin ditempatkan di IPK Kepayan bersama isterinya dan bertugas disitu sehingga tahun 1977. Selepas itu Samin bersama isterinya Rosnah ditukarkan balik ke IPD Tawau sehingga bulan Mei 1980. Kemudian mereka bersama ditukarkan ke Lahad Datu. Ketekunan dan kewibawaan yang dipamerkannya membawa Samin dinaikkan ke pangkat Kopral pada tahun 1990 dan mereka bertugas disitu sehingga akhir tahun 1994. Awal tahun 1995 mereka berdua  ditukar ke IPD Sipitang sebagai Ketua Cawangan Komunikasi sehingga akhir tahun 1996 kemudian mereka ditempatkan di IPD Tuaran sehingga tahun 2001. Pertukaran terakhirnya adalah untuk kali ketiga kepada Samin dan kali kedua kepada Rosnah bertukar kembali ke IPD Lahad Datu pada tahun 2001 dan menghabiskan perkhidmatannya sebagai Ketua Komunikasi di IPD itu kerana bersara wajib pada umur 56 tahun pada 26 Ogos 2005 setelah berkhidmat dalam selama 36 tahun 11 bulan dan 25 hari.

Samin dan Rosnah dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu 3 perempuan dan seorang lelaki. Yang sulung Samiah Bte Samin dikahirkan di Kota Kinabalu, kedua Saemah di Kota Kinabalu, ketiga Sufian lahir di Tawau dan dan ke empat Salbiah lahir di Lahad Datu. Semua anak-anaknya sudah berumahtangga kecuali Salbiah. Kini Samin dan Rosnah sama-sama sudah bersara dan mereka dikelilingi oleh 11 orang cucu. Samin memiliki rumah sendiri di MDLD 4012, Lot 293 Taman Aman Tiga, Jalan Silam Lahad Datu. Ada sedikit kebun sawit dan buah-buah diusahakannya sebagai mengisi masa persaraan yang banyak terluang.

Samin menyatakan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada bapa angkatnya Allahyarham Cikgu Ahmad Awang Husin yang bukan saja telah mendedahkannya kepada pelajaran tetapi juga membesarkan tanpa belahbagi walaupun dia memiliki ramai anak sendiri. Terima kasih juga kepada emak angkat dan abang serta kakak angkatnya iaitu Kamaruddin Ahmad dan Rosnah Ahmad. Katanya ‘Allah saja yang dapat membalas budi baik bapa dan emak, abang dan kakak yang tidak mungkin dapat saya nukilkan satu persatu, apa lagi membayarnya.’

Terima kasih kepada ketua-ketua serta penyelia yang pernah memberi bimbingan kerja kepada saya dengan kesabaran dan tolak ansur yang mereka berikan atas apa-apa kelemahan saya semasa saya bertugas dibawah mereka. Terima kasih khusus kepada Pasukan Polis Diraja Malaysia yang memberi saya peluang memberi perkhidmatan walaupun kecil tetapi saya mendapat kepuasan dengan apa yang saya sumbangkan dan apa yang saya perolehi  adalah wajar dan adil sesuai dengan kemampuan saya.

Samin kini adalah  Setiausaha sementara isterinya Rosnah AJK Persatuan Bekas Polis Malaysia Cawangan Silam

Kons Samin Bin Dawai

 Kons Samin dengan lambang sebagai anggota Semboyan

 

Samin dengan pangkat KPL
Samin Dawai dengan Seragam baru dan Pangkat Kopral
Gambar ini dirakam sebulan selepas berkahwin
Gambar ini dirakam sebulan selepas berkahwin
Sebagai peserta Kursus Semboyan naik Kapal PA Marin dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu. Waktu itu tiada peluang naik pesawat

Sebagai peserta Kursus Semboyan naik Kapal PA Marin dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu. Waktu itu tiada peluang naik pesawat

Bercuti di Kuala Lumpur bersama isteri

Bercuti di Kuala Lumpur bersama isteri

Bergambar bersama Pegawai dan Penyelia Kursus Asas Semboyan

Bergambar bersama Pegawai dan Penyelia Kursus Asas Semboyan

Terima Surat Penghargaan dari KPD Lahad Datu ASP Duncan Kong

Terima Surat Penghargaan dari KPD Lahad Datu ASP Duncan Kong

Menerima Abugerah Perkhidmatan Cemerlang dari Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Maizan Shaari

Menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dari Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Maizan Shaari

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: