Ex-Sjn 42976 Jainufah Bin Hj Badar

Picture 032Pada 27 JUL 1941 lahir seorang bayi lelaki di sebuah kampong di Tuaran, Sabah. Kampong yang menambah seorang lagi penduduknya dari keturunan suku kaum Bajau itu ialah Kampong Bolong dan bayi lelaki itu dinamakan JAINUFAH. Dia adalah anak sulung kepada Hj Badar. Anak comel kesayangan itu dihantar oleh bapanya yang juga adalah Ketua Kampong ketika itu belajar di GPS Tuaran sehinggalah anak itu boleh membaca, mengira dan menulis dan menamatkan pelajarannya pada tahun 1955. Setelah meninggalkan sekolahnya dia telah melakukan pelbagai pekerjaan dan antaranya menjaga kuda keluarga kemudian ke Jabatan pertanian Tuaran selama lebih kurang 2 tahun. Pindah lagi ke JKR Tuaran sebagai Mandor dan disitu dia bekerja selama lebih kurang 3 tahun sebelum secara curi-curi masuk berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia dalam tahun 1966. Dia terpaksa curi-curi masuk sebab bapanya Hj Badar tidak suka anaknya menjadi seorang polis. Dia bersama 41 orang lain mengikuti latihan asas rekrut di Pusat Latihan Polis Jalan Gurney Kuala Lumpur awal bulan MAC tahun 1966 hinggalah NOV 1966. Setelah selesai latihan itu dia dihantar berugas dalam cawangan Tugas Am di Lahad Datu. Pernah ditugaskan di Balai Polis Kunak lebih kurang 9 bulan. Waktu itu Balai Kunak adalah dibawah jagaan Lahad Datu. Jalanraya belum ada ketika itu dan untuk kesitu perlu naik bot penambang dengan perjalanan lebih kurang 3 jam untuk sampai ke sana. Setelah 9 bulan di Kunak dia dihantar pula berugas di Tungku iaitu satu lagi Balai Polis dibawah kawalan Lahad Datu. Ke Tungku juga tiada jalanraya tetapi menggunakan bot penambang dengan masa perjalanan selama 6 jam untuk sampai ke sana. Anggota polis tidak dikenakan tambang untuk menumpang bot-bot itu. Setelah 9 bulan di Balai Polis Tungku dia dipilih untuk bertugas di Cawangan pengangkutan sebagai pemandu kerana dia satu-satunya anggota polis ketikat itu memiliki lesen memandu awam. Dia dihantar ke Ibu Pejabat Polis di Kepayan untuk diberi lesen memandu Polis. Dengan itu khidmatnya terus dicurahkan dalam sebagai pemandu. Tugas itu menjadikannya rapat dan akrab serta menjadi anak kesayangan kepada banyak pegawai dan Ketua Polis Daerah Lahad Datu. Pada satu majlis kenduri arwah di Kg Tabanak ketua pemandu ini yang juga kaptan pasukan bola IPD Lahad Datu hadir bersama seorang kawan dan di majlis itu kawannya perkenalkannya dengan seorang gadis cantik dan manis serta baik budi bahasanya. Jainufah lanjutkan perkenalan itu dan dapatkan nama gadis itu ialah MASKUMA BTE SUSI keturunan Idahan. Hati Jainufah terpikat amat dengan senyuman pertama gadis sehingga dapat dirasai oleh ketuanya akan denyutan rindu kasih yang tidak dapat disembunyikannya. Supaya hajat baik itu sampai selamat dengan cepat, Sarjan Rashindin dan Insp Andrew Abie yang juga adalah Ketua Polis Daerah Lahad Datu ketika itu menguruskan pernikahan dan perkahwinan Jainufah dengan Maskuma Susi. Jadilah mereka sepasang suami isteri yang sentiasa berkasih sayang dan mereka dianugerahkan 4 orang anak lelaki dan 2 perempuan. Jainufah pernah bertugas di Tawau selama 8 tahun bermula pada tahun 1972 dan pada tahun 1980 dia ditempatkan semula ke IPD Lahad Datu hinggalah dia bersara wajib pada usia 55 tahun pada 1996
Wajah Bapa Hj Badar ia itu Bapa Jainufah
Wajah Bapa Hj Badar ia itu Bapa JainufahWajah Jainufah waktu remajanya tidak jauh bedzanya sekarang
Ini bukan bersama Maskuma tetapi dengan adik sepupunya belajar naik kerbau sebelum naik kuda

Ini bukan bersama Maskuma tetapi dengan adik sepupunya belajar naik kerbau sebelum naik kudaAksi dengan gaya terkini ketika itu bersama teman di kampong

Dengan semangat juang ingin berdikari berjaya dalam latihan untuk jadi seorang anggota Polis

Dengan semangat juang ingin berdikari berjaya dalam latihan untuk jadi seorang anggota PolisJadilah dia seorang anggota Polis yang berdisiplin segak

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Aksi terkini ketika itu bersama teman sebaya di Kampong
Aksi terkini ketika itu bersama teman-teman di Kampong
Tampan dan segak dengan seragam Polis

Tampan dan segak dengan seragam Polis

 
Advertisements

2 Comments

  1. alhusna said,

    September 26, 2009 at 6:37 pm

    jainufah mmg seorang polis yg baik,dia bnyk mendidik,memberi nasihat kepada saya.bnyk yg saya pelajari drpada beliau.tanpa beliau siapalah la saya. i love u

  2. silampbpm said,

    November 16, 2009 at 5:23 am

    Komen anda sudah disampaikan kepada Jainufah. Katanya ‘Terima kasih atas ingatan dan kata-kata yang baik. Semoga Allah terus memberi perlindungan kepada kita semua’


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: