Alfatihah Buat Ex-Sjn Hj Sulaiman Saruji

Pengerusi serta AJK Penaja Persatuan Bekas Polis Malaysia Cawangan Silam merakamkan Ucapan Takziah kepada isterinya Puan NORASIKIN BTE MAT SIRIN dan anak-anak Allahyarham Ex-Sjn 47335 Hj Sulaiman Saruji yang menghembuskan nafas terakhir pagi tadi dirumah di Kg Klias Kechil, Beaufort, setelah lumpuh seluruh badan dan tidak boleh bersuara selepas strok pada 13 Ogos 2007.  Pemergian selamanya yang sudah pasti membawa kesedihan kepada isteri dan anak-anaknya yang menyintai dan menyayanginya. Bagaimana pun takdir sudah menentukannya dan Allah lebih menyayanginya.  Allahyarham dilahirkan di Kg Klias Kechil, Beaufort dan memulakan kerjayanya dalam pasukan Polis Diraja Malaysia dalam tahun 1968 dan mengikuti latihan asas sebagai rekrut di Pusat Latihan Polis Jalan Gurney, Kuala Lumpur. Setelah tamat latihan Allahyarham ditugaskan dalam cawangan Tugas Am di daerah Tawau selama 4 tahun dan 2 tahun daripadanya di PPK Balung sebelum bertukar ke cawangan Trafik di Pulau Labuan dimana Allahyarham membuktikan ketekunan serta keupayaannya yang membolehkannya dinaikkan ke pangkat KOPRAL selepas bertugas disitu lebih kurang 7 tahun. Dengan kecemerlangan yang dipamerkannya Allahyarham diberi pendedahan untuk menimba lebih pengalaman dengan menukarkannya ke Kota Kinabalu meneruskan kerjayanya dalam cawangan yang sama, yang berbedza ialah tempat dan situasai dimana Kota Kinabalu tentunya lebih sebok dan lebih mencabar berbanding di pekan Labuan. Allahyarham membuktikan keutuhannya dan dinaikkan ke pangkat Sarjan dan dengan pangkat itu Allahyarham didedahkan dengan tugas baru sebagai Penolong Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah di Kota Kinabalu yang dilaluinya selama lebih kurang 10 tahun sebelum dipilih dengan tugas baru sebagai Ketua Polis Balai di Balai Polis Tagas-Tagas dalam Daerah Sandakan. Allahyarham merasa amat tercabar dengan tugas barunya sebagai ketua Polis Balai ini kerana kedudukan Tagas-Tagas yang amat jauh terpencil hanya boleh didatangi dengan bot dengan tempoh perjalanan sehari suntuk untuk keluar ke Sandakan atau masuk ke Tagas-Tagas. Tiada air bersih. Sudah biasa dengan hidup di bandar sudah tentu keadaan itu amat menyulitkannya dan keluarga sehingga kesihatan Allahyarham mula terasa diancam pelbagai penyakit. Allahyarham merasa malu untuk menemui pegawai atasannya untuk menyatakan ketidak sanggupannya meneruskan tugas di Tagas-Tagas dan ini telah mendorong isterinya memberanikan diri menemui pegawai Perjawatan di Ibu pejabat Polis Kontinjen Sabah di Kepayan ketika itu SUPT MUHAMAD MURAD yang mendengar keluhannya dan setuju menimbang yang kemudiannya membolehkan mereka bertukar keluar dari Tagas-Tagas dan ditempatkan ke Bahagian Pantai Barat Sabah sebagai Penolong Ketua Polis Balai Papar dalam tahun 2002. ‘Saya sangat senang hati dan rasa terhutang budi atas kebaikan dan keperihatinan tuan Mohamad Morad yang bukan saja melayani saya dengan baik tetapi mendengar rayuan saya,’ kata isteri Allahyarham mengulas hasil pertemuannya dengan tuan Mohamad Morad. Tugas akhir Allahyarham ialah sebagai Ketua Polis Balai Kinarut dalam daerah Papar ketika Balai itu baru dinaik ke taraf Balai Polis dan melaksanakan tugas itu dengan baik sehinggalah ia bersara wajib genap usia 56 tahun pada 10 FEB 2004. Dua (2) tahun 10 bulan dan 27 hari selepas bersara keluarga Allahyarham ditimpa musibah bila pada petang 7 JAN 2007 rumah mereka di Kg Muhibbah, Petagas, Kota Kinabalu dimana Allahyarham dan keluarga menetap selepas bersara. Waktu kebakaran ini Allahyarham berada di Surau berdekatan menunaikan solat magrib. Tiada harta benda dapat diselamatkan dalam kebakaran itu yang menjadikan Allahyarham dan keluarganya tinggal sehelai sepinggang. Selepas kebakaran itu Allahyarham dan isterinya dibawa oleh anak mereka untuk tinggal bersama mereka di Lahad Datu. Mungkin disebabkan tekanan perasaan yang teramat sangat, 7 bulan 6 hari selepas peristewa rumahnya terbakar itu Allahyarham diserang Stroke pada 13 Ogos 2007 semasa berada dirumah anaknya di Lahad Datu. Stroke yang menyebabkannya lumpuh. Dalam keadaan itu isteri dan anak-anaknya terus berusaha mendapatkan rawatan doktor dan juga pengubatan tradisional tetapi tiada tanda-tanda positif. Pada tengah hari 17 NOV 2008 Hj Idris Jikon Pengerusi Penaja PBPM Silam bersama AJK dan ahli-ahli Persatuan itu membuat lawatan kebajikan dan menyampaikan sedikit bantuan kepada  Allahyarham.   Allahyarham dibawa isterinya pulang ke Klias Kechil pada 20 April 2009 lalu. Menutut isterinya dua hari sebelum Allayarham menghembus nafas terakhirnya dia dibawa ke Hospital Beaufort dan dalam pemerikasaan didapati Allahyarham kekurangan gula dan garam dalam darah. Kita bacakan Alfahtihah untuknya dengan doa semoga rohnya tenang ditempatkan bersama roh orang-orang yang soleh. Amien.

Allahyarham dengan seragam Trafik

Allahyarham dengan seragam Trafik

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: