Kemana Hala Tuju Persatuan Bekas Polis Malaysia

Penaja Persatuan Bekas Polis Malaysia Cawangan Silam genap setahun kwujudannya pada 24 JUN 2009 yang lalu mengambilkira tarikh perjumpaan yang kemudian dipersetujui menjadi mesyuarat pertama membincangkan penubuhan Cawangan PBPM di Lahad Datu yang dinamakan sebagai CAWANGAN SILAM semua yang hadir bersetuju sebagai AJK Penaja dan Hj Idris Jikon dicadangan sokongan sebulat suara menerajui sebagai Pengerusi Penaja Cawangan. Permohonan untuk mendaftarkan penubuhan cawangan ini serta-merta dikemukakan ke Ibu Pejabat Persatuan Bekas Polis Malayisa Negeri Sabah di Kota Kinabalu. Selama setahun ini kita telah mengikuti perkembangan Persatuan ini di Sabah khasnya memang tiada apa yang menarik terutama sekali menyangkut soal kebajikan ahli-ahli Persatuan mahu pun bekas-bekas polis. Yang sering didengar dan menjadi perbualan lumrah ialah percaturan atau perebutan jawatan Presiden PBPM Pusat yang sehingga kini masih menunggu keputusan Mahkamah. Keputusan Mahkamah pula menjadi kurang berkesan bila rayuan demi rayuan terus diajukan oleh mereka yang tentunya tidak puas hati. Yang anehnya keadaan di Pusat itu menjadikan PBPM Negeri Sabah turut tidak berfungsi malah berpecah-belah yang diikuti dengan tindakan pecat memecat. Dalam keadaan yang tidak menentu ini Bekas-bekas Polis tidak mendapat maklumat tentang kegiatan yang baik-baik dilaksanakan oleh Persatuan untuk menaikkan nama Persatuan atau adanya usaha memperjuangkan nasib ahli serta belum ada rekod tindakan-tindakan kebajikan kepada ahli tertentu atau keluarga mereka walaupun tiap tahun mendapat permit dari Kerajaan untuk membuat kutipan derma Awam. Persatuan akhir-akhir ini tidak dilihat atau dirasakan mengutamakan kepentingan ahli dan Persatuan. Melihat kepada keadaan ini kita bekas-bekas Polis di Lahad Datu yang memohon menjadi ahli melalui pendaftaran Cawangan Silam suka mencadangkan seperti berikut :

1.1 Hentikan amalan pecat memecat kerana yang memecat bekas polis dan begitu juga yang dipecat ;

1.2 Jangan bubarkan Cawangan sewenang-wenangnya kalau bukan kesalahan kerana merosakkan nama baik atau merugikan Persatuan ;

1.3 Persatuan perlu ada usaha menambah cawangan dan meransang lebih ramai Bekas Polis menyertai Persatuan ;

1.4 Persatuan perlu dibawa membuktikan kepada ahli-ahli dengan rancangan, tindakan yang telus dan jujur mengurus Persatuan demi mempertahankan kepentingan ahli serta mendekati mereka yang memerlukan dengan sentuhan kebajikan dan kesejahteraan ;

1.5 Mereka yang memimpin perlu bersikap memberi teladan supaya mampu mengajak ahli-ahli berbuat kebajikan sebelum mengharap orang lain memberi kebajikan kepada kita. Sesuai dengan pepatah Charity Began At Home ;

1.6 Fasal 24 Perlembagaan Persatuan itu adalah sesuatu yang cukup indah dan ianya perlu dibaca oleh semua dan dihayati dan diamalkan sepenuhnya demi PBPM dan niatkannya sebagai AMAL JARIAH TERAKHIR sebelum diterima menyertai Persatuan lain bila jasad tidak bernyawa ;

1.7 Persatuan perlu berusaha mengesan dan mencari bekas-bekas Polis bukan hanya berharap dan menunggu mereka datang kepada Persatuan. Ini perlu kerana ada segelintir bekas polis itu merasa mereka tidak dipedulikan dan tidak lagi dihargai menyebabkan mereka pencilkan diri kerana kecil hati ;

1.8 Ahli-ahli serta keluarga perlu disatukan dan didedahkan dengan pelbagai kegiatan yang mengakrabkan hubungan mereka sebagai satu pasukan yang sepakat dengan tujuan yang sama untuk mendapat berkat ;

1.9 Semua kepentingan peribadi TIDAK harus ada ;

2.0 Semua ahli Persatuan hendaklah menyedari bahawa Persatuan ini adalah organisasi sukarela dan sewajarnya setiap ahli wajib bersikap tolong menolong bukan tekan menekan atau tindas menindas serta tidak perlu berpuak-puak.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: