Peringatan Hari Polis ke 203

25 Mac setiap tahun adalah Peringatan Hari Polis dan pada 25 Mac 2010 adalah buat kedua kalinya ahli-ahli Persatuan Bekas Polis Malaysia Cawangan Silam dapat bersama dalam majlis memperingati hari tersebut. Ruang kepada bekas-bekas polis untuk bersama menyertai Majlis Peringatan tersebut wujud apabila tertubuhnya Persatuan Bekas Polis Cawangan Silam di Lahad Datu pada 26 Jun 2008. Hari Polis sememangnya mempunyai erti dan kenangan  tersendiri kepada masing-masing warga Polis dan tidak terkecuali bekas-bekas polis serta keluarga mereka. Kali pertama ahli-ahli PBPM Silam bersama dalam majlis itu pada 25 Mac 2009 yang dianjurkan oleh IPD Lahad Datu di perkarangan Dewan Masyarakat Tun Mustapha. Kali ini pada 25 Mac 2010 hari Khamis bersamaan 09 Rabiulakhir 1431 Majlis tersebut diadakan di Perkarangan IPD Lahad Datu itu sendiri. Semangat kepolisan yang masih ada pada mereka menjadi bersemarak menyambut Hari itu apabila Ketua Polis Daerah Lahad Datu SUPT Samsudin Bin Mat menjemput mereka. Seawal jam 0715 pagi mereka sudah ada diperkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu diketuai  Tuan Hj Idris Jikon Ketua Cawangan Persatuan Bekas Polis Malaysia Cawangan Silam hadir bersama isterinya Hjh Siti Rumaja Hj Mijed, Timbalan Ketua Cawangan Encik Nasarudin Bin Amat, Pengerusi Tetap Encik Andurangan Tubay, Setiausaha Encik Samin Dawai bersama isterinya puan Rosnah Ali yang juga adalah AJK, Ketua Penerangan Tuan Hj Dumi Hj Masdal, Bendahari Encik Khir Azman Kassim bersama isterinya puan Zaleha Hj Abas,  Timbalan Pengetusi Tetap Encik Hamzani Hamzah dan isterinya puan Sariha Awang, Timbalan Setiausaha Encik Asmali @ Arman Bin Aspali, AJK Encik Jainufah Hj Badar, AJK Encik David Gujing,  AJK Encik Norjali Bachi bersama isterinya puan Halimah Abdullah, AJK Encik Rabaha Hj Matwali, AJK Encik Kuadah @ Muzer Bin Jemon bersama isterinya puan Azizah Abdullah, Ahli Encik Kusai Said, Encik Jospeh Siridon, Encik Undop Baluah

Ahli PBPM Silam di Majlis Peringatan Hari Polis ke 203 di IPD Lahad Datu

Kelihatan En. Andurangan, En Kuada dan En Khir Azman

Pegawai Daerah Lahad Datu Tuan Hj Dzulkifli Nasir

Ahli dan keluarga PBPM mengabadikan kenangan dengan pakaian warna merah muda

 

Kunjungan Ucap Selamat Hari Polis

Ahli-ahli Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Cawangan Silam diketuai oleh Hj Idris Jikon telah membuat kunjungan untuk mengucapkan Selamat Hari Polis kepada Ketua Polis Daerah Lahad Datu SUPT Shamsudin Bin Mat di pejabatnya di IPD Lahad Datu pada jam 3.30 petang 24 Mac 2010. Hj Idris Jikon menyatakan bahawa kunjungan untuk menyampaikan ucapan selamat ini adalah terjemahan atau cerminan sokongan PBPM Silam kepada usaha-usaha PDRM di Lahad Datu dalam menangani pelbagai cabaran untuk memastikan keselamatan dan keselamatan masyarakat. Semoga kecemerlangan dan kegemilangan yang dicapai kekal untuk 1Malaysia. Ahli-ahli yang hadir ialah Hj Idris Jikon, Pengerusi PBPM Cawangan Silam, Encik Nasarudin Amat, Timbalan Pengerusi, Encik Andurangan Tubay Pengerusi Tetap, Encik Samin Dawai setiausaha, Encik Khir Azman Kassim Bendahari, Encik Hamzani Hamzah Timbalan Pengerusi Tetap, Encik David Gujing AJK, Encik Kuada @ Muzer Jemon AJK, Encik Norjali Bachi AJK, Encik Jainufah Hj Badar AJK, Encik Asmali @ Arman Bin Aspali Timbalan Setiausaha, Encik Rabaha Hj Matwali AJK, Encik Undop Baluah, Encik Joseph Siridon dan Encik Kusai Bin Said 

Hj Idris Jikon menyampaikan Kad Ucapan Selamat Memperingati Hari Polis ke 203 kepada SUPT Shamsudin Bin Mat, Ketua Polis Daerah Lahad Datu.

Antara ahli PBPM Silam yang hadir sama

Bergambar ramai sebagai kenang-kenangan

Perjumpaan Bulan Mac 2010

Hari ini 24 Mac 2010 seperti biasa bermula jam 10.00 pagi perjumpaan ahli dan keluarga Persatuan Bekas Polis Malaysia Cawangan Silam bagi bulan Mac. Seramai 27 orang ahli hadir termasuk seorang ahli yang baru pertama kali hadir perjumpaan ini iaitu Ex-Kpl Abirin Ismawil yang menetap di Kunak.  6 orang ahli menyambut Hari Ulang Tahun kelahiran dalam Mac ini diraikan dengan doa untuk kesehatan yang baik, kasih sayang dan kesejahteraan disamping agar terus dimurahkan rezeki mereka iaitu saudara Ex-Sjn Abdul Said Bin Hj Balimbang pada 03 Mac 1948, Ex-SM Rashindin Bin Badardin pada 10 Mac 1934, Ex-Cif Inspektor Hj Dumi Hj Masdal 5 Mac 1956, Ex-Kpl Mohd Lassim pada 15 Mac 1952. Yang hadir ialah  Ahli Bersekutu Hjh Sawita Bte Lahaya pada 13 Mac 1972 dan Puan Halimah Abdullah isteri Ex-LKpl Norjali Bachi pada 15 Mac 1952. Yang dirancang dan dipersetujui dalam perjumpaan kali ini ialah lawatan keuarga ke Tabin pada hari Sabtu 10 April 2010 untuk melihat dengan mata sendiri kehidupan Badak dan adanya lumpur panas yang dikatakan boleh mengubat penyakit kulit. Membuat kunjungan terhadap Ketua Polis Daerah Lahad Datu, SUPT Shamsudin Bin Mat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Peringatan Hari Polis ke 203 pada 25 Mac 2010. Berikut adalah gambar-gambar dirakamkan.

Antara ahli-ahli yang hadir

 

Perjumpaan Bulan FEB 2010

24 February 2010 adalah perjumpaan Bulan February PBPM Silam dan sperti biasa perjumpaan bermula pada jam 10.00 pagi dan perjumpaan hari itu berakhir pada jam 1.30 petang dihadiri oleh 27 orang ahli. 2 ahli yang meyertai Persatuan turut hadir iaitu Encik Abd Said Bin Balimbang dan Encik Rahmat @ Abd Rahman Bi Jemon. Antara agenda yang dibincangkan dalam perjumpaan ini ialah kehadiran  ahli PBPM Silam beragama Islam di Majlis Tahlil sempena Maulidur Rasul di Masjid Al-Raudhah pada petang 25 FEB 2010 kemudian menyertai perhimpunan dan perarakan Maulidur Rasul peringkat Daerah Lahad Datu pada pagi 26 FEB 2010. Buat julungkali PBPM Silam hadir di Majlis seumpama ini dan turut bertanding kategori Kontinjen dan juga sepanduk.
Selain itu dibincangkan juga perancangan kegiatan PBPM Silam sepanjang tahun 2010 yang antara lainnya cadangan untuk menganjurkan pendakian Gunung Kinabalu dan cadangan ini akan diperhalusi lagi tetapi ramai ahli menyokong dan bersemangat supaya ianya direalisasikan. Encik Khir Azman Kassim dan Encik David Gujing bersetuju untuk membuat perancangan serta pertanyaan dengan pihak Taman Negara serta mengumpul nama ahli yang akan menyertai program ini.

Kelihatan antara ahli yang hadir perjumpaan ini pada 24 FEB 2010

Asyik melihat paparan profile ahli dalam Blog PBPM ditayangkan

 

 

Sebahagian isteri ahli yang sentiasa turut hadir perjumpaan pada setiap bulan

Semua kelihatan ceria sesekali dapat bertemu dan bermesra seperti ini

 

Perjumpaan yang sntai masing-masing memberi cadangan dan pendapat untuk isu-isu yang berkaitan

Penerima hadiah Cabutan Nama bertuah bulan ini Encik Ayip@Zamran Bin Tatan

Puan Azizah Abdullah sedang memotong Kek Hari Jadinya

Puan Rosnah Bte Ali juga memotong Kek Hari Jadinya

Encik Rahmat @ Abd Rahman Bin Jemon memotong Kek Hari Jadinya

PBPM Silam di Perhimpunan Maulidur Rasul

Hari ini 26 FEB 2010 bersamaan dengan 12 Rabiul Awal 1431 Hijrah adalah hari memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Ianya diraya diseluruh dunia Islam sebagai tanda cinta serta kasih dan sayang kepadanya. Ahli-ahli Persatuan PBPM Silam buat pertama kalinya menyertai perhimpunan dan perarakan Maulidur Rasul sejak mula ditubuhkan setahun lalu, hari ini ahli-ahli seramai 30 bersama sejumlah 45 orang ahli keluarga  mereka  membutktikan komitmen mereka kepada Persatuan ini dengan sukarela hadir bersama menterjemahkan perasaan kasih sayang mereka ke atas Banginda Rasul Allah  dengan persediaan yang semampu masing-masing. Walaupun penyertaan pertama kali tetapi sepanduk yang mereka pertandingkan berjaya dengan cemerlang menjadi JOHAN. Encik Nasaruddin Amat Timbalan Ketua Cawangan PBPM Silam merangkap Ketua Kontinjen mewakili PBPM Silam menerima Sijil Penyertaan dan Hadiah kemenangan iaitu sebuah Piala dan Wang Runai RM450.00. Satu kejayaan yang amat bermakna kepada Persatuan ini.

Kontinjen PBPM Silam dengan 75 orang peserta

YB Hj Salleh Kalbi MP P188 Silam bersalaman dengan Ketua Kontinjen PBPM Silam Encik Nasaruddin Amat Timbalan Ketua Cawangan PBPM Silam

Kontinjen PBPM Silam berjalan bersemangat dengan gagah membawa sepanduk

Kelihatan Encik Khir Azman bergambar dihadapan gerai Persatuan yang menyediakan minuman

 

Sepanduk kebangaan lambang kebangaan ahli PBPM Silam

Pengerusi PBPM Silam Hj Idris Jikon dan isterinya turut mengabadikan kenangan

Kelihatan Encik Nasaruddin, Encik Kusai Said dan Encik Kuada

Sebahagian ahli keluarga PBPM Silam bangga dan ceria di Majlis sambutan Maulidur Rasul ini

Ulang Tahun Pengerusi PBPM Silam

14 FEB 2010  Hari Valentine adalah secara kebetulan adalah Hari Ulang Tahun Hj Idris Jikon Pengerusi Penaja Cawangan PBPM Silam merangkap AJK PBPM Negeri Sabah dan Naib Presiden PBPM Pusat (Malaysia). Berberapa orang AJK dan ahli PBPM Silam telah menganjurkan Majlis Sambutan meraikan ulang tahun tersebut bersama Hari Ulang Tahun Encik Khir Azman Kassim Bendahari PBPM Silam yang lahir tepat pada tarikh yang sama pada tahun 1952 dan juga Hari Ulang Tahun Encik Hamzani Hamzah Timbalan Pengerusi Tetap PBPM Silam dilahirkan pada 03 FEB 1951. Majlis sederhana tapi meriah itu dihadiri bersama Encik Rabaha Hj Mat Wali, Encik Samin Dawai, Encik Undop Baluah, Encik Asmali Aspali, Encik Kuada @ Muzer Jemon, Encik Nasaruddin Amat Timbalan Pengerusi PBPM Silam, berkumpul bersama isteri, anak-anak dan cucu-cucu dengan acara dimulai dengan Solat Magrib, bacaan Yassin, Taskirah mengenai Ibadah dan solat Isya berjemaah diimamkan oleh Ustza Mohd Rapiq.

Dalam ucapan alu-aluannya Hj Idris Jikon menyatakan rasa syukur atas segala nikmatNya serta ribuan terima kasih kepada AJK dan Ahli PBPM Silam yang bersusah payah menganjurkan majlis Ulang Tahun Hari Jadinya ini dengan harapan mudah-mudahan dengan mengingatkan hari ulang tahun ini membawa kesedaran agar sisa usia yang ada dapat dimenafaatkan dengan sebaik-baiknya untuk melakukan kebaikan seiring dengan doa memohon keredhaan, keampunan  serta hidayahNya. Dia juga berharap Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) ini bermula dari cawangan, Negeri dan Pusat akan dapat penemuaan kerjasama yang jujur, ikhlas dengan satu halatuju iaitu untuk mengangkat Persatuan ini ketempat yang mulia supaya boleh mendapat kepercayaan semua pihak demi kepentingan dan kebajikan ahli-ahlinya. Dia juga  mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun kepada  saudara Khir Azman Kassim dan Saudara Hamzani Hamzah dan mendoakan  semoga keduanya terus dalam kesejahteraan dan dimurahkan rezeki. 

Sebelum mengakhiri sekali lagi beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat menjayakan majlis ini dan menambah bahawa  hasrat atau niat yang murni dan ikhlas pasti mendapat keberkatan dariNya disamping dapat memupuk kesuburan rasa kasih sayang  persaudaraan antara ahli-ahli PBPM Silam dan keluarga mereka.

Majlis makan malam BBQ itu dihidangkan bersama acara berhibur dan menghibur disulami dengan tarian puco-puco dan  joget. Pertandingan menyanyi dan pencertitaan terbaik tentang kisah mula-mula berkasih masing-masing peserta. Pengadilan rahsia tentang peserta yang berpakaian dengan keterampilan menarik/terbaik. Apa pun ianya adalah acara suka-suka sebahagian hiburan.

Penyertaan semua hadirin dalam acara-acara itu menjadikan majlis ini berjaya memenuhi masa sehingga jam 11.30 malam dengan suasana suka dan gembira. Satu kegiatan yang memberi peluang kepada ahli dan keluarga dapat berkumpul berkenalan serta bermesra. Semoga usaha ini dapat diteruskan dan dihayati oleh setiap ahlinya yang boleh menjadikan  kehadiran PBPM Silam dapat menyatukan keluarga PBPM itu sendiri ditempat yang sewajarnya dan ahli serta keluarga tidak  merasa tersisih atau terpinggir.

 

Encik Khir Azman bersama isterinya Puan Zaleha Hj Abas menceritakan bagaimana kisah kasih mereka bermula

Puan Dahlia dikanan puan Zaleha adalah ahli buat pertama kali hadir dalam Majlis anjuran PBPM Silam

Saudara Undop Baluah dan Saudara Kuada Muzir

Hj Idris Jikon bersama sahabatnya Hj Jaimin yang turut hadir

Puan Azizah Abdullah, Hjh Siti Rumaja dan Puan Sariha Awang

Encik Edmund Lee dan Encik Kuada @ Muzir

Encik Hamdan Bulagi dan keluarga

Saudara Samin Setiausaha PBPM Silam bersama tetamu jemputan

Puan Azizah Abdullah dan suaminya Kuada berbaju biru

Sebahagian tetamu yang hadir sama

Saudara Syukri Sulaiman dan isterinya Puan Dahlia

Sebahagian ahli keluarga PBPM Silam

Encik Khir Azman Kassim menerima hadiah Hari Jadi dari Hj Idris Jikon

Encik Hamzani Hamzah terima hadiah Hari Jadinya

Menyanyikan lagu Hari Ulang Tahun sebelum pemotongan Kek

Ex-Kons 61192 Abdul Rahim Hairul

Abd Rahim Hairul

Abdul Rahim Hairul suku Bajau berasal dari daerah Semporna memulakan alam persekolahannya di SMK Abdullah, Semporna. Dengan kelulusan darjah enam dia memulakan kerjayanya dalam pasukan Polis Diraja Malaysia pada 25 Mac 1975. Mengikuti kursus asas sebagai rekrut di Pusat Latihan Polis Jalan Gurney, Kuala Lumpur. Selepas tamat latihan dia ditugaskan dalam cawangan Tugas Am (General Duty) ditempatkan di Balai Polis Tuaran. Bagaimanapun dia tidak meneruskan khidmatnya dalam pasukan kerana dorongan untuk menjadi usahawan dan yakin diri akan berjaya dibidang itu. Dia telah meletakkan jawatan pada 22 NOV 1982. 

 Bertemu jodoh dengan gadis keturunan Iranun dari Kota Belud dan mereka berkahwin dalam tahun 1993 di Kota Belud. Isterinya puan Bailin Bt Manggalah adalah seorang Guru Sekolah. Mereka dianugerahkan enam (6) orang anak yang merekan namakan Raha, Raiha, Rahani, Mohd Fazli dan Samad.

Keluarga ini kini menetap di Kg Unta Lahad Datu telah menyertai Persatuan Bekas Polis Malaysia Cawangan Silam. Katanya dia gembira dapat bersama dalam persatuan ini yang kini berusaha mengumpul bekas-bekas polis yang menetap di Lahad Datu, Kunak dan Semporna disertai dengan pelbagai usaha mengakrabkan hubungan silatulrahim bukan saja antara ahli tetapi antara keluarga masing-masing. Usaha ini seharusnya diberi sokongan penuh demi mengangkat nama baik bekas-bekas polis sebagai kelompok masyarakat yang terdidik dengan luas pengalaman serta terkenal berdisiplin.

Ex-Kpl 42569 Kusai Bin Said

Ex-Kpl Kusai Said

Kusai Bin Said keturunan Melayu dilahirkan pada 12 JUL 1945 di Batu 2 ½ Jalan Asam, Lahad Datu. Memperolehi pendidikannya di GPS Lahad Datu hingga lulus Darjah Enam. Memulakan kerjaya dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia pada 06 Ogos 1966. Mengikuti kursus asas sebagai rekrut di Pusat Latihan Polis Jalan Gurney, Kuala Lumpur. Seperti anggota polis lainnya status Kusai dikategori sebagai Konstabel setelah Berjaya menamatkan latihan sebagai rekrut selama Sembilan (9) bulan.

Dia memulakan khidmatnya sebagai Konstabel dalam Cawangan Tugas Am di Balai Polis Jesselton (Kota Kinabalu sekarang) dalam tahun 1967, di Balai Polis Menggatal, di Balai Polis Tanjong Aru tahun 1968, kemudian bertukar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Luar Bandar Sandakan dalam tahun 1970 kemudian ke Balai Polis Bandar Sandakan tahun 1972, ke Balai Polis Telupid dalam tahun 1973.

Awal tahun 1974 dia mengikuti Kursus Asas Semboyan (sekarang Cawangan ini dikenali sebagai cawangan Komunikasi). Memperolehi gred III melalui kursus itu dia ditempatkan di bahagian Komunikasi di Kompeni ‘D’ Batalion 16 Pasukan Polis Hutan (PPH) di Tawau pada 01 JUN 1974. Bertukar ke Kompeni ‘C’ Batalion 16 Pasukan Polis Hutan (PPH) di Sandakan dalam tahun 1978. Tahun 1992 bertukar ke Kompeni ‘C’ Batalion 7 PPH Sandakan dan Kompeni sama apabila berlaku penyusunan semula semua Batalion serta pertukaran nama PPH kepada PGA yang menjadikan Batalion 7 PPH dijadikan sebagai Batalion 15 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sandakan dalam tahun 1993.

Untuk melengkapkan dirinya dengan perkembangan cabaran baru tugas, dia diberi peluang mengikuti pelbagai Kursus serta lulus cemerlang antaranya Kursus Tingkatan Gred III Siri 1/74 dalam tahun 1974,  Gred II Siri 3/78 pada 7 DIS 1978, Gred I Siri 4/80 pada 18 JUN 1980. Kursus Asas PPH siri 2/91 di Pusat Latihan Polis Bukit Siol, Sarawak. Kursus Ulang Kaji PPH di Kem Kukusan PPH Tawau dalam tahun 1966 yang dikendalikan Angkatan Tentera dari 6 RAMD.

Menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dalam tahun 1974 serta Pingat Perkhidmatan Am.

Jodoh ditemuinya dengan gadis Kegayan nama Anida Bte Eling di Kampong Sungai Batang, Sandakan. Hubungan mereka diikat dengan pernikahan dan perkahwinan pada 01 SEPT 1992 dengan restu kedua belah keluarga. Mereka dikurniakan seorang anak yang mereka namakan Mohd Azmi.

Setelah bersara wajib pada 12 JUL 2002 setelah berkhidmat selama 33 tahun 11 bulan dan 5 hari. Kini menetap di Kg Sapagaya boleh dihubungi melalui Peti Surat 61994, 91128 Lahad Datu. Nombor Telefon 0198998349 dan 0138850867

Menyertai Persatuan Bekas Polis Malaysia Silam dengan pelawaan kawan-kawan dan bila berada bersama didalamnya katanya, dia setuju dengan persatuan ini kerana kegiatannya adalah terbuka dan ikhlas dalam menyatu padukan bekas-bekas Polis di Lahad Datu. Dengan hadir perjumpaan setiap bulan, saya katanya, dapat berkenalan dan bermesra dengan ahli-ahli lain yang pengalaman tugas sama dengan saya, itu memudahkan kita berinteraksi dengan baik dan berkesan. Membawa kenangan lama yang penuh nostlagia.

Berikut di bawah ini gambar-gambar yang mempunyai erti tersendiri baginya sepanjang perkhidmatan.

Sebelum keluar ke Bandar Raya KL waktu latihan Rekrut 1966
Selepas Baris Tamat Latihan Rekrut pada 6 Ogos 1966 – 29 FEB 1967
Diabadikan semasa bertugas di Sandakan

 

Pendakian Gunung Kinabalu Tahun 1974
Segak dan sentiasa siap siaga

Sudah sebati dengan tugas-tugas semasa dalam Gerakan

Hadiri Kursus Usahawan pada tahun 1997 di Sandakan sebelum bersara

Tugas utama yang membawa pengalaman dan banyak kenangan kepadanya

 

Inilah Kusai dizaman kanak-kanaknya.

Malam Mesra 2010 Keluarga PBPM Silam

Lebih 100 orang ahli Keluarga Bekas Polis Malaysia Cawangan Silam berkumpul di rumah Pengerusi Penaja PBPM Silam, Hj Idris Jikon di KM 21 Jalan Silam Lahad Datu untuk bersama dalam Majlis Malam Mesra PBPM Silam Tahun 2010 yang dianjurkan oleh persatuan ini pada 9 JAN 2010. Majlis yang dimulakan pada jam 7.00 malam dengan bacaan doa diketuai oleh Hj Amir Hassan memohon restu dan hidayah serta kesejahteraan semua dari Allah SWT.  Majlis sederhana tetapi meriah dengan penyertaan dan penglibatan bersama ahli keluarga untuk berhibur dan menghibur melalui pelbagai acara kegemaran masing-masing.  Hj Idris Jikon dalam ucapan alu-aluannya memaklumkan bahawa majlis serupa pernah diadakan pada malam 31 DIS 3008 yang dinamakan Keluarga PBPM Silam diambang Tahun Baru 2009 dua majlis ini mempunyai tujuan yang sama iaitu itu untuk memberi ruang kepada keluarga Bekas Polis berkumpul dan bermesra disamping sama-sama mengingati masa setahun yang sudah dilalui bersama PBPM Silam dan sama-sama melihat kehadapan sepanjang tahun 2010 ini semoga PBPM Silam dapat dikembangkan lebih baik dari tahun 2009. Katanya petanda kearah itu sudah kelihatan pada malam itu dengan kehadiran YDH  SUPT Shamsudin Bin Mat Ketua Polis Daerah Lahad Datu  bersama Tokoh Maal Hijrah Lahad Datu tahun 2009 Tuan Hj Sari Arshad. Begitu juga dengan kehadiran tetamu yang datang dari  Kota Kinabalu, Tuaran, Beluran dan Sandakan khas untuk hadir di Majlis ini ialah Encik Yusof Hj Montak Naib Pengerusi PBPM Negeri Sabah merangkap Ketua Cawangan PBPM Tuaran, Encik Halim Sugara Setiausaha PBPM Negeri, Encik William Eddow Bendahari PBPM Negeri, Encik Francis Chua Ketua Penerangan PBPM Negeri. Encik Eyok Sugara dari PBPM Cawangan Beluran, Tuan Hj Ramli Mahali Ketua Cawangan PBPM Sandakan bersama Encik Aman Raiman dan Encik Mutalib Ghani.

Penyediaan Khemah untuk Majlis tersebut

Irwan selaku MC dan DJ Majlis itu

Pengerusi bersama SUPT Shamsudin KPD Lahad Datu

Sebahagian ahli keluarga yang hadir

Encik Yusof Montak dan Hj Ramli Mahali

Encik Eyok Sugara, En William Eddow dan En Nasarudin Amat

Penari-penari dengan pakaian Tradisional Dusun

KPD Lahad Datu menyampaikan hadiah cabutan Nama Bertuah

Dari kiri Hj Dumi, Hj Amir, Hj Jaimin Hj Mirun, Hj Sari Arshad dan Nasaruddin
ahli keluarga sedang menikmati hidangan makanan dan hiburan
KPD Lahad Datu sedang menyampaikan ucapan

KPD Lahad Datu sedang berbual mesra sambil menikmati hidangan
Puan Rosnah Ali dan Puan Zaleha Hj Abas adalah penyumbang besar tenaga menjayakan majlis ini

 

 

Ex-Kpl 47676 Andurangan Bin Tubay

Ex-Kpl Andurangan

Andurangan Bin Tubay suku Dusun Bagahak menganut agama Kristian dilahirkan di Ulu Tungku, Lahad Datu, Sabah pada 31 DIS 1949.  Belajar di SRK Ulu Tungku sehingga tamat Darjah VI. Tidak dapat meneruskan ke Sekolah Menengah kerana ketika itu Tungku adalah satu tempat yang terpencil tanpa apa-apa kemudahan asas terutama jalanraya. Perjalanan dari Tungku ke Lahad Datu ketika itu hanyalah melalui laut dan memakan masa 4 ke 5 jam untuk perjalanan sehala sebab itu dipercaya ada orang Tungku tidak pernah dan tidak tahu dimana Lahad Datu, kecuali mereka yang mempunyai hajat besar dan tidak dapat dielakkan. Dalam keadaan tertinggal begitu anak muda bernama Andurangan merasa amat bertuah kerana Pasukan Polis Diraja Malaysia menerimanya berkhidmat. Andurangan pun tidak ragu-ragu lagi terus menerima tawaran itu pada 05 JUL 1969 dan menjalani latihan asas rekrut di Kepayan, Kota Kinabalu. Kumpulan khas dan pertama kali dilatih di Kepayan untuk memenuhi kekosongan jawatan serta keperluan tenaga dalam Pasukan Polis Hutan di Sabah. Latihan itu dilanjutkan lagi di Pusat Latihan Bukit Siol, Sarawak. Sebaik tamat latihan Andurangan bersama-sama dengan kawan selatihan yang lain semuanya ditempatkan dalam Pasukan Polis Hutan dan dihantar bertugas di Sarawak sehingga tahun 1972. Tahun 1973 ke tahun 1989 dia ditempatkan di Pasukan Polis Hutan di Sandakan dan bermula tahun 1990 ditempatkan di Pasukan Polis Hutan di Lahad Datu hinggalah bersara wajib genap umur 55 tahun pada 31 DIS 2004. Dia dimajukan ke pangkat LKpl dalam tahun 1984 dan dinaikkan ke pangkat Kpl dalam tahun 1991.

Andurangan bertemu jodoh dengan gadis suku Kadazan berasal dari Kiulu, Tuaran dan mereka berkahwin pada 31 DIS 1975 di Kiulu, Tuaran dan mereka dikurniakan 3 orang anak yang mereka namakan (1)  Alymon lahir pada 29 SEPT 1976 (2) Slymeh dan (3) Alyvin. Keluarga sederhana ini hidup bahagia dalam kesederhanaan sejak bersara tinggal di Kg Wawasan, Jalan Dam, Lahad Datu. Boleh dihubungi melalui Persatuan Bekas Polis Silam atau terus kepadanya Peti Surat 60548, Lahad Datu. (Pos Kod 91111).

Kejayaan yang membawa kepuasan kepadanya bila berjaya bersama menumpaskan beberapa kegiatan jenayah antaranya pengedaran wang kertas palsu di Sandakan bernilai berjuta Ringgit Malaysia. Kemudian berjaya menangkap beberapa orang serta merampas 3 pucok pistol dan satu laras senjata berat jenis Garan. Kedua-dua kes ini telah berjaya didakwa di Mahkamah pada tahun 1984 dan tahun 1986.

Wajah Andurangan dalam tahun 1970
Dengan pakaian Istiadat dalam Tahun 1991
Dengan pakaian Celoring PGA dalam tahun 2002
Siap siaga dalam pelbagai Tugas – Tahun 1972

Gambar yang mengingatkannya kepada kesedihan semasa Operasi dalam Bulan Ramadhan, bila tiba Hari Raya dia bertugas diperbatasan dengan seorang anggota lain saja kerana anggota beragama Islam diberi cuti

Seronok bila pulang dari Operasi disambut isteri dengan wajah manis dan ceria apa lagi ada anak yang sentiasa mendorong untuk cekal dan sabar berhadapan dengan pelbagai kepayahan tugas

Bersama dalam pasukan dari BN 16 PPH semasa keluar dari kawasan Ops di Bau, Kuching, Sarawak. Saat gembira kerana selesai tempoh Ops dikawasan itu tanpa korban walaupun kawasan itu diistiharkan sebagai kawasan HITAM kerana disitu kubu Komunis Bintang Tiga

« Older entries