Ex-Kpl Samin Bin Dawai

Picture 004Dilahirkan pada 26 Ogos 1944 di Kg Sukai Padas Damit dalam daerah Beaufort Sabah sebuah kampong yang jauh terpencil  tanpa apa-apa kemudahan asas ketika itu. Semua perjalanan adalah dengan berjalan kaki atau perahu. Penduduk Padas Damit adalah 99% dari Suku Bisaya dan Samin Dawai adalah dari suku itu juga. Ibunya meninggal dunia ketika umur Samin masih bayi. Dia dipelihara nenek sehinggalah dia membesar dan memulakan persekolahannya di GPS Padas Damit di awal tahun 1960 dan semasa dalam belajar ini kesulitan hidupnya dirasai dan mendapat simpati Guru Besar GPS Padas Damit ketika itu Cikgu Ahmad Awang Husin yang mengambil dan memeliharanya sebagai anak angkat dan tinggal bersama keluarga Cikgu itu di rumah guru yang disediakan. Bila Cikgu Ahmad bertukar ke GPS Patau dalam daerah Tambunan, Samin pun dibawa bersama dan Samin meneruskan pelajarannya di GPS Patau dalam darjah 4. Berada di Patau hanya lebih kurang enam bulan Cikgu Ahmad Awang Husin bertukar lagi ke GPS Tambunan kerana anak sulungnya nama Kamarudin selalu sakit semasa di Patau. Samin pun belajar di GPS Tambunan sehingga tahun 1965 Samin balik ke kampungnya di Sukai selama lebih kurang 4 bulan di ke Beaufort dan berkerja sebagai buruh bergaji hari dengan Jabatan Kereta Api Negeri Sabah. Akhir tahun tahun 1965 Bapa angkat Samin ia itu Cikgu Ahmad Awang Husin terjumpa Samin di Beaufort dan menasihati Samin supaya ikut dia dan belajar semula kerana kini katanya di berada di GPS Topokon, Tuaran. Samin pun ikut dan belajar semula sehinggalah dia tamat peperiksaan darjah enam diakhir tahun 1966.

Setelah lulus peperiksaan darjah enam itu bapa angkat Samin menawarkan supaya meneruskan pelajaran di  GSS Tamparuli tetapi Samin menolak tawaran itu kerana merasakan beban bapa angkatnya agak berat kerana ketika itu dua daripada 10 orang anak-anaknya sudah di sekolah menangah sementara yang lain juga masih belajar di sekolah rendah. Samin memohon kepada bapa angkatnya  supaya dibenarkan mencari pekerjaan. Samin pun mendapat kerja di Jabatan Pertanian Topokon sebagai buruh dengan gaji hari. Bekerja disitu selama lebih kurang setahun Samin mendapat tahu ada pengambilan anggota Polis. Dia menaruh harapan masa depannya akan lebih terjamin jika berkhidmat dengan Pasukan Polis Diraja Malaysia. Dia pun menghadiri temuduga di Balai Polis Tuaran dan berjaya melepasi ujian dengan baik.

Pada 31 Ogos 1968 Samin bersama 94 orang lain berlepas dari Jesselton (ketika itu) dengan Kapal Marin PLC 1 ke Kuching Sarawak dalam perjalan ke Kuala Lumpur untuk latihan asas rekrut. Pada 01 SEPT 1969 kursus asas rekrut bermula di Pusat Latihan Polis Jalan Gurney, Kuala Lumpur dan kursus itu berjalan selama 9 bulan.

Setelah tamat latihan itu Samin ditempatkan dalam cawangan Tugas Am di Tawau ditahun 1971 lebihkurang 7 bulan kemudian Samin memilih untuk bertukar ke Cawangan Semboyan yang memerlukannya hadir kursus asas semboyan selama 4 bulan di IPK Kepayan. Selepas kursus itu Samin ditempatkan semula ke IPD Tawau. Dalam Cawangan Semboyan. Akhir tahun 1971 itu Samin ditukarkan ke IPD Lahad Datu dalam Cawangan Semboyan hingga bulan JUN 1972 Samin bercuti selama 3 bulan.

Samin sengaja bercuti tiga bulan untuk merealisasikan rasa kasih sayangnya yang  dicurahkan kepada seorang gadis  bernama Rosnah Binti Ali yang juga adalah anggota Polis Wanita ketika itu bertugas di Cawangan Semboyan Ibu Pejabat Polis di Kepayan. Hubungan mereka sudah lama terjalin sebelum itu tetapi hanyalah melalui telefon.  Cuti itu memberi mereka peluang membuktikan bahawa mereka adalah benar-benar sudah menerima kasih hati masing-masing dan Samin meminta Rosnah bawanya menemui bapa dan ibunya yang berada di Kg Shahbandar, Tuaran. Tanpa keraguan lagi Rosnah bersetuju dan membawa dan memperkenalkan kekasihnya kepada Bapa dan Ibunya di Kg Kuala Shahbandar, Tuaran. Oleh kerana Samin merasakan kehadirannya disenangi maka dia pun tidak segan-segan menyatakan sendiri dengan terus terang kepada kedua orang tua Rosnah  hajatnya  melamar Rosnah untuk dijadikan isterinya.  Walaubagaimanapun tiada jawapan diberi tetapi Samin diminta oleh keluarga itu supaya kembali sekali lagi dalam 10 hari kemudian untuk mendapat keputusan keluarga. 10 hari kemudian Samin ditemani oleh Rosnah sendiri kembali ke Kg Shahbandar dan jelas waktu itu ramai saudara Rosnah berkumpul dirumah. Samin dan Rosnah merasa gembira dan bahagia kerana apa yang mereka harapkan selama ini dipersetujui oleh seluruh ahli keluarganya. Pertunangan pun dijalankan dan lebih kurang 3 bulan kemudian Samin dan Rosnah pun diijabkabulkan pada 09 SEPT 1972.

Selepas kahwin itu Samin pun kembali bertugas kerana cutinya juga sudah habis. Samin ditempatkan di IPK Kepayan bersama isterinya dan bertugas disitu sehingga tahun 1977. Selepas itu Samin bersama isterinya Rosnah ditukarkan balik ke IPD Tawau sehingga bulan Mei 1980. Kemudian mereka bersama ditukarkan ke Lahad Datu. Ketekunan dan kewibawaan yang dipamerkannya membawa Samin dinaikkan ke pangkat Kopral pada tahun 1990 dan mereka bertugas disitu sehingga akhir tahun 1994. Awal tahun 1995 mereka berdua  ditukar ke IPD Sipitang sebagai Ketua Cawangan Komunikasi sehingga akhir tahun 1996 kemudian mereka ditempatkan di IPD Tuaran sehingga tahun 2001. Pertukaran terakhirnya adalah untuk kali ketiga kepada Samin dan kali kedua kepada Rosnah bertukar kembali ke IPD Lahad Datu pada tahun 2001 dan menghabiskan perkhidmatannya sebagai Ketua Komunikasi di IPD itu kerana bersara wajib pada umur 56 tahun pada 26 Ogos 2005 setelah berkhidmat dalam selama 36 tahun 11 bulan dan 25 hari.

Samin dan Rosnah dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu 3 perempuan dan seorang lelaki. Yang sulung Samiah Bte Samin dikahirkan di Kota Kinabalu, kedua Saemah di Kota Kinabalu, ketiga Sufian lahir di Tawau dan dan ke empat Salbiah lahir di Lahad Datu. Semua anak-anaknya sudah berumahtangga kecuali Salbiah. Kini Samin dan Rosnah sama-sama sudah bersara dan mereka dikelilingi oleh 11 orang cucu. Samin memiliki rumah sendiri di MDLD 4012, Lot 293 Taman Aman Tiga, Jalan Silam Lahad Datu. Ada sedikit kebun sawit dan buah-buah diusahakannya sebagai mengisi masa persaraan yang banyak terluang.

Samin menyatakan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada bapa angkatnya Allahyarham Cikgu Ahmad Awang Husin yang bukan saja telah mendedahkannya kepada pelajaran tetapi juga membesarkan tanpa belahbagi walaupun dia memiliki ramai anak sendiri. Terima kasih juga kepada emak angkat dan abang serta kakak angkatnya iaitu Kamaruddin Ahmad dan Rosnah Ahmad. Katanya ‘Allah saja yang dapat membalas budi baik bapa dan emak, abang dan kakak yang tidak mungkin dapat saya nukilkan satu persatu, apa lagi membayarnya.’

Terima kasih kepada ketua-ketua serta penyelia yang pernah memberi bimbingan kerja kepada saya dengan kesabaran dan tolak ansur yang mereka berikan atas apa-apa kelemahan saya semasa saya bertugas dibawah mereka. Terima kasih khusus kepada Pasukan Polis Diraja Malaysia yang memberi saya peluang memberi perkhidmatan walaupun kecil tetapi saya mendapat kepuasan dengan apa yang saya sumbangkan dan apa yang saya perolehi  adalah wajar dan adil sesuai dengan kemampuan saya.

Samin kini adalah  Setiausaha sementara isterinya Rosnah AJK Persatuan Bekas Polis Malaysia Cawangan Silam

Kons Samin Bin Dawai

 Kons Samin dengan lambang sebagai anggota Semboyan

 

Samin dengan pangkat KPL
Samin Dawai dengan Seragam baru dan Pangkat Kopral
Gambar ini dirakam sebulan selepas berkahwin
Gambar ini dirakam sebulan selepas berkahwin
Sebagai peserta Kursus Semboyan naik Kapal PA Marin dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu. Waktu itu tiada peluang naik pesawat

Sebagai peserta Kursus Semboyan naik Kapal PA Marin dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu. Waktu itu tiada peluang naik pesawat

Bercuti di Kuala Lumpur bersama isteri

Bercuti di Kuala Lumpur bersama isteri

Bergambar bersama Pegawai dan Penyelia Kursus Asas Semboyan

Bergambar bersama Pegawai dan Penyelia Kursus Asas Semboyan

Terima Surat Penghargaan dari KPD Lahad Datu ASP Duncan Kong

Terima Surat Penghargaan dari KPD Lahad Datu ASP Duncan Kong

Menerima Abugerah Perkhidmatan Cemerlang dari Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Maizan Shaari

Menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dari Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Maizan Shaari

Ex-Sjn 42976 Jainufah Bin Hj Badar

Picture 032Pada 27 JUL 1941 lahir seorang bayi lelaki di sebuah kampong di Tuaran, Sabah. Kampong yang menambah seorang lagi penduduknya dari keturunan suku kaum Bajau itu ialah Kampong Bolong dan bayi lelaki itu dinamakan JAINUFAH. Dia adalah anak sulung kepada Hj Badar. Anak comel kesayangan itu dihantar oleh bapanya yang juga adalah Ketua Kampong ketika itu belajar di GPS Tuaran sehinggalah anak itu boleh membaca, mengira dan menulis dan menamatkan pelajarannya pada tahun 1955. Setelah meninggalkan sekolahnya dia telah melakukan pelbagai pekerjaan dan antaranya menjaga kuda keluarga kemudian ke Jabatan pertanian Tuaran selama lebih kurang 2 tahun. Pindah lagi ke JKR Tuaran sebagai Mandor dan disitu dia bekerja selama lebih kurang 3 tahun sebelum secara curi-curi masuk berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia dalam tahun 1966. Dia terpaksa curi-curi masuk sebab bapanya Hj Badar tidak suka anaknya menjadi seorang polis. Dia bersama 41 orang lain mengikuti latihan asas rekrut di Pusat Latihan Polis Jalan Gurney Kuala Lumpur awal bulan MAC tahun 1966 hinggalah NOV 1966. Setelah selesai latihan itu dia dihantar berugas dalam cawangan Tugas Am di Lahad Datu. Pernah ditugaskan di Balai Polis Kunak lebih kurang 9 bulan. Waktu itu Balai Kunak adalah dibawah jagaan Lahad Datu. Jalanraya belum ada ketika itu dan untuk kesitu perlu naik bot penambang dengan perjalanan lebih kurang 3 jam untuk sampai ke sana. Setelah 9 bulan di Kunak dia dihantar pula berugas di Tungku iaitu satu lagi Balai Polis dibawah kawalan Lahad Datu. Ke Tungku juga tiada jalanraya tetapi menggunakan bot penambang dengan masa perjalanan selama 6 jam untuk sampai ke sana. Anggota polis tidak dikenakan tambang untuk menumpang bot-bot itu. Setelah 9 bulan di Balai Polis Tungku dia dipilih untuk bertugas di Cawangan pengangkutan sebagai pemandu kerana dia satu-satunya anggota polis ketikat itu memiliki lesen memandu awam. Dia dihantar ke Ibu Pejabat Polis di Kepayan untuk diberi lesen memandu Polis. Dengan itu khidmatnya terus dicurahkan dalam sebagai pemandu. Tugas itu menjadikannya rapat dan akrab serta menjadi anak kesayangan kepada banyak pegawai dan Ketua Polis Daerah Lahad Datu. Pada satu majlis kenduri arwah di Kg Tabanak ketua pemandu ini yang juga kaptan pasukan bola IPD Lahad Datu hadir bersama seorang kawan dan di majlis itu kawannya perkenalkannya dengan seorang gadis cantik dan manis serta baik budi bahasanya. Jainufah lanjutkan perkenalan itu dan dapatkan nama gadis itu ialah MASKUMA BTE SUSI keturunan Idahan. Hati Jainufah terpikat amat dengan senyuman pertama gadis sehingga dapat dirasai oleh ketuanya akan denyutan rindu kasih yang tidak dapat disembunyikannya. Supaya hajat baik itu sampai selamat dengan cepat, Sarjan Rashindin dan Insp Andrew Abie yang juga adalah Ketua Polis Daerah Lahad Datu ketika itu menguruskan pernikahan dan perkahwinan Jainufah dengan Maskuma Susi. Jadilah mereka sepasang suami isteri yang sentiasa berkasih sayang dan mereka dianugerahkan 4 orang anak lelaki dan 2 perempuan. Jainufah pernah bertugas di Tawau selama 8 tahun bermula pada tahun 1972 dan pada tahun 1980 dia ditempatkan semula ke IPD Lahad Datu hinggalah dia bersara wajib pada usia 55 tahun pada 1996
Wajah Bapa Hj Badar ia itu Bapa Jainufah
Wajah Bapa Hj Badar ia itu Bapa JainufahWajah Jainufah waktu remajanya tidak jauh bedzanya sekarang
Ini bukan bersama Maskuma tetapi dengan adik sepupunya belajar naik kerbau sebelum naik kuda

Ini bukan bersama Maskuma tetapi dengan adik sepupunya belajar naik kerbau sebelum naik kudaAksi dengan gaya terkini ketika itu bersama teman di kampong

Dengan semangat juang ingin berdikari berjaya dalam latihan untuk jadi seorang anggota Polis

Dengan semangat juang ingin berdikari berjaya dalam latihan untuk jadi seorang anggota PolisJadilah dia seorang anggota Polis yang berdisiplin segak

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Aksi terkini ketika itu bersama teman sebaya di Kampong
Aksi terkini ketika itu bersama teman-teman di Kampong
Tampan dan segak dengan seragam Polis

Tampan dan segak dengan seragam Polis

 

Ex-SI 47987 Khir Azman Bin Kassim

Ex-SI Khir Azman Kassim

Ex-SI Khir Azman Kassim

Dilahirkan di Tawau, Sabah pada 14 FEB 1952 Suku Tidong. Memulakan alam persekolahannya di GPS Kuala Apas, GSS St Patrick Tawau sehingga Form II kerana kesulitan hidup serta ingin berdikari dan membantu keluarga, dia tidak ragu-ragu menerima tawaran untuk berkhidmat dengan Pasukan Polis Diraja Malaysia pada 15 OKT 1970, mengikuti latihan Asas Rekrut di PULAPOL Jalan Gurney Kuala Lumpur. Setelah selesai latihan dia ditempatkan  dalam Cawangan Marin dan penempatan pertamanya di daerah Kota Kinabalu dari  tahun 1971 hingga 1973 dan yang keduanya ke daerah Kudat dari tahun 1973 hingga 1978 walaupun ramai gadis terpikat dengannya semasa di Kota Kinabalu tetapi dia pula terpikat dan terikat hatinya dengan gadis Kudat bernama Jaliha Bte Hj Abas suku Brunei. Jodoh mereka menjadi realiti dengan pernikahan dan perkahwinan dengan restu kedua orang tua mereka berlangsung di Kudat pada 24 OGOS 1975. Percintaan dan kasih sayang mereka terikat kukuh dianugerah dengan  5 orang putera dan seorang puteri. Berikut ada rekod pertukarannya selepas ke  Sandakan dari tahun 1978 hingga 1980, ke Lahad Datu dari tahun 1980 hingga 1998, ke Semporna dari tahun 1998 hingga tahun 2000,  dan ke Tawau dari tahun 2000 hingga 13 FEB 2007  seterusnya  bersara wajib pada usia 55 tahun. Semasa dalam berkhidmat itu dia meningkatkan tahap pendidikannya dengan belajar sendiri dan lulus SRP (Sijil Rendah Pelajaran) dengan ketekunan serta kebijaksanaannya dalam meneyelesaikan tugasnya dia dipilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 1995.   Kewibawaan disertai dengan ketekunannya yang berterusan berjaya menempatkan dirinya dengan kejayaan melepasi cabaran dan sebaliknya terus meningkat ke pangkat bermula daripada Kopral pada 01 JUN 1987, Sarjan pada 01 JUL 1993, SM atau Sarjan Major  pada 01 ARP 1997, dan Pangkat tertinggi bagi APR iaitu Sub Inspektor pada 01 APR 2000. Setelah bersara dia kini menetap dan tinggal di rumah sendiri di MDLD 3595, Lot 421, Taman Aman 3, Jalan Silam, 91100 Lahad Datu, Sabah. Kerja sampingan mengisi masanya adalah mengusaha kebun sawit,  membaca dan kini mula mendekatkan diri pada dunia IT dengan berjinak-jinak dengan penggunaan Komputer. Aktif  berbakti secara sukarela dalam Persatuan Bekas Polis Malaysia sebagai Bendahari II Ahli Jawatankuasa Penaja Cawangan Silam,  Lahad Datu. Selain sebagai Bendahari dia juga adalah penggerak utama kepada perancangan serta perlaksanaan kegiatan Persatuan (PBPM) Silam. Sentiasa ingin tahu dan membantu mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan ahli-ahli Persatuan.

Kons pada tahun 1974

Sebagai Kons NOV 1971 – 1987

Picture 020

Sebagai Kopral pada 01 JUN 1987 – 01 JUL 1993

Picture 004

Sebagai Sarjan 01 JUL 1993 – 01 APR 1997

Picture 005

Sebagai Sarjan Mejar 01 APR 1997 – 01 APR 2000

Picture 006

Sebagai Sab Inspektor 01 APR 200

Picture 007

Wajah setelah bersara wajib pada usia 55 tahun pada 14 FEB 2007

Picture 008

Semasa bertugas sebagai Sjn pentadbiran Marin di Ibu Pejabat Polis Daerah

Lahad Datu dalam tahun 1993

Picture 009

Menghadiri kursus Etika PDRM di PULAPOL Kota Kinabalu 1997

Picture 010

Menyampaikan ucapan alu-aluan dan penghargaan

di Majlis Perpisahan sempena pertukaran DSP Abu Bakar Komeng

di atas Kapal Marin di Tawau dalam tahun 2003

Picture 011

Menyampaikan Cenderahati kepada DSP Abu Bakar Komeng

Picture 017

Semasa menajalankan latihan PHILMAL di Zambonga City dalam tahun 2005

Picture 018

Menghadiri Kursus Usahawan ICT di Kota Kinabalu tahun 2006

Picture 013

Bersama Isteri yang disayang melancong  di Melaka Bandar Raya bersejarah setelah bersara

Picture 012

Seorang Bapa dan Ibu yang penyayang sentiasa bersama dan akrab

dengan anak-anak mereka. Gambar dirakam di Poring Ranau.

Picture 014

Bersama Isteri di Kuala Lumpur selepas bersara tahun 2007

Picture 015

Berdua-duan di Port Dickson Negeri Sembilan. Menikmati ke indahan dan keseronokan selepas bersara

Puan Zaliha isteri Khir Azman menerima sagu hati kerana aktifnya dalam menjayakan kegiatan PBPM Silam

Puan Jaliha isteri Khir Azman menerima sagu hati kerana aktifnya dalam menjayakan kegiatan PBPM Silam Tahun 2008

Alfatihah Buat Ex-Sjn Hj Sulaiman Saruji

Pengerusi serta AJK Penaja Persatuan Bekas Polis Malaysia Cawangan Silam merakamkan Ucapan Takziah kepada isterinya Puan NORASIKIN BTE MAT SIRIN dan anak-anak Allahyarham Ex-Sjn 47335 Hj Sulaiman Saruji yang menghembuskan nafas terakhir pagi tadi dirumah di Kg Klias Kechil, Beaufort, setelah lumpuh seluruh badan dan tidak boleh bersuara selepas strok pada 13 Ogos 2007.  Pemergian selamanya yang sudah pasti membawa kesedihan kepada isteri dan anak-anaknya yang menyintai dan menyayanginya. Bagaimana pun takdir sudah menentukannya dan Allah lebih menyayanginya.  Allahyarham dilahirkan di Kg Klias Kechil, Beaufort dan memulakan kerjayanya dalam pasukan Polis Diraja Malaysia dalam tahun 1968 dan mengikuti latihan asas sebagai rekrut di Pusat Latihan Polis Jalan Gurney, Kuala Lumpur. Setelah tamat latihan Allahyarham ditugaskan dalam cawangan Tugas Am di daerah Tawau selama 4 tahun dan 2 tahun daripadanya di PPK Balung sebelum bertukar ke cawangan Trafik di Pulau Labuan dimana Allahyarham membuktikan ketekunan serta keupayaannya yang membolehkannya dinaikkan ke pangkat KOPRAL selepas bertugas disitu lebih kurang 7 tahun. Dengan kecemerlangan yang dipamerkannya Allahyarham diberi pendedahan untuk menimba lebih pengalaman dengan menukarkannya ke Kota Kinabalu meneruskan kerjayanya dalam cawangan yang sama, yang berbedza ialah tempat dan situasai dimana Kota Kinabalu tentunya lebih sebok dan lebih mencabar berbanding di pekan Labuan. Allahyarham membuktikan keutuhannya dan dinaikkan ke pangkat Sarjan dan dengan pangkat itu Allahyarham didedahkan dengan tugas baru sebagai Penolong Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah di Kota Kinabalu yang dilaluinya selama lebih kurang 10 tahun sebelum dipilih dengan tugas baru sebagai Ketua Polis Balai di Balai Polis Tagas-Tagas dalam Daerah Sandakan. Allahyarham merasa amat tercabar dengan tugas barunya sebagai ketua Polis Balai ini kerana kedudukan Tagas-Tagas yang amat jauh terpencil hanya boleh didatangi dengan bot dengan tempoh perjalanan sehari suntuk untuk keluar ke Sandakan atau masuk ke Tagas-Tagas. Tiada air bersih. Sudah biasa dengan hidup di bandar sudah tentu keadaan itu amat menyulitkannya dan keluarga sehingga kesihatan Allahyarham mula terasa diancam pelbagai penyakit. Allahyarham merasa malu untuk menemui pegawai atasannya untuk menyatakan ketidak sanggupannya meneruskan tugas di Tagas-Tagas dan ini telah mendorong isterinya memberanikan diri menemui pegawai Perjawatan di Ibu pejabat Polis Kontinjen Sabah di Kepayan ketika itu SUPT MUHAMAD MURAD yang mendengar keluhannya dan setuju menimbang yang kemudiannya membolehkan mereka bertukar keluar dari Tagas-Tagas dan ditempatkan ke Bahagian Pantai Barat Sabah sebagai Penolong Ketua Polis Balai Papar dalam tahun 2002. ‘Saya sangat senang hati dan rasa terhutang budi atas kebaikan dan keperihatinan tuan Mohamad Morad yang bukan saja melayani saya dengan baik tetapi mendengar rayuan saya,’ kata isteri Allahyarham mengulas hasil pertemuannya dengan tuan Mohamad Morad. Tugas akhir Allahyarham ialah sebagai Ketua Polis Balai Kinarut dalam daerah Papar ketika Balai itu baru dinaik ke taraf Balai Polis dan melaksanakan tugas itu dengan baik sehinggalah ia bersara wajib genap usia 56 tahun pada 10 FEB 2004. Dua (2) tahun 10 bulan dan 27 hari selepas bersara keluarga Allahyarham ditimpa musibah bila pada petang 7 JAN 2007 rumah mereka di Kg Muhibbah, Petagas, Kota Kinabalu dimana Allahyarham dan keluarga menetap selepas bersara. Waktu kebakaran ini Allahyarham berada di Surau berdekatan menunaikan solat magrib. Tiada harta benda dapat diselamatkan dalam kebakaran itu yang menjadikan Allahyarham dan keluarganya tinggal sehelai sepinggang. Selepas kebakaran itu Allahyarham dan isterinya dibawa oleh anak mereka untuk tinggal bersama mereka di Lahad Datu. Mungkin disebabkan tekanan perasaan yang teramat sangat, 7 bulan 6 hari selepas peristewa rumahnya terbakar itu Allahyarham diserang Stroke pada 13 Ogos 2007 semasa berada dirumah anaknya di Lahad Datu. Stroke yang menyebabkannya lumpuh. Dalam keadaan itu isteri dan anak-anaknya terus berusaha mendapatkan rawatan doktor dan juga pengubatan tradisional tetapi tiada tanda-tanda positif. Pada tengah hari 17 NOV 2008 Hj Idris Jikon Pengerusi Penaja PBPM Silam bersama AJK dan ahli-ahli Persatuan itu membuat lawatan kebajikan dan menyampaikan sedikit bantuan kepada  Allahyarham.   Allahyarham dibawa isterinya pulang ke Klias Kechil pada 20 April 2009 lalu. Menutut isterinya dua hari sebelum Allayarham menghembus nafas terakhirnya dia dibawa ke Hospital Beaufort dan dalam pemerikasaan didapati Allahyarham kekurangan gula dan garam dalam darah. Kita bacakan Alfahtihah untuknya dengan doa semoga rohnya tenang ditempatkan bersama roh orang-orang yang soleh. Amien.

Allahyarham dengan seragam Trafik

Allahyarham dengan seragam Trafik

Kemana Hala Tuju Persatuan Bekas Polis Malaysia

Penaja Persatuan Bekas Polis Malaysia Cawangan Silam genap setahun kwujudannya pada 24 JUN 2009 yang lalu mengambilkira tarikh perjumpaan yang kemudian dipersetujui menjadi mesyuarat pertama membincangkan penubuhan Cawangan PBPM di Lahad Datu yang dinamakan sebagai CAWANGAN SILAM semua yang hadir bersetuju sebagai AJK Penaja dan Hj Idris Jikon dicadangan sokongan sebulat suara menerajui sebagai Pengerusi Penaja Cawangan. Permohonan untuk mendaftarkan penubuhan cawangan ini serta-merta dikemukakan ke Ibu Pejabat Persatuan Bekas Polis Malayisa Negeri Sabah di Kota Kinabalu. Selama setahun ini kita telah mengikuti perkembangan Persatuan ini di Sabah khasnya memang tiada apa yang menarik terutama sekali menyangkut soal kebajikan ahli-ahli Persatuan mahu pun bekas-bekas polis. Yang sering didengar dan menjadi perbualan lumrah ialah percaturan atau perebutan jawatan Presiden PBPM Pusat yang sehingga kini masih menunggu keputusan Mahkamah. Keputusan Mahkamah pula menjadi kurang berkesan bila rayuan demi rayuan terus diajukan oleh mereka yang tentunya tidak puas hati. Yang anehnya keadaan di Pusat itu menjadikan PBPM Negeri Sabah turut tidak berfungsi malah berpecah-belah yang diikuti dengan tindakan pecat memecat. Dalam keadaan yang tidak menentu ini Bekas-bekas Polis tidak mendapat maklumat tentang kegiatan yang baik-baik dilaksanakan oleh Persatuan untuk menaikkan nama Persatuan atau adanya usaha memperjuangkan nasib ahli serta belum ada rekod tindakan-tindakan kebajikan kepada ahli tertentu atau keluarga mereka walaupun tiap tahun mendapat permit dari Kerajaan untuk membuat kutipan derma Awam. Persatuan akhir-akhir ini tidak dilihat atau dirasakan mengutamakan kepentingan ahli dan Persatuan. Melihat kepada keadaan ini kita bekas-bekas Polis di Lahad Datu yang memohon menjadi ahli melalui pendaftaran Cawangan Silam suka mencadangkan seperti berikut :

1.1 Hentikan amalan pecat memecat kerana yang memecat bekas polis dan begitu juga yang dipecat ;

1.2 Jangan bubarkan Cawangan sewenang-wenangnya kalau bukan kesalahan kerana merosakkan nama baik atau merugikan Persatuan ;

1.3 Persatuan perlu ada usaha menambah cawangan dan meransang lebih ramai Bekas Polis menyertai Persatuan ;

1.4 Persatuan perlu dibawa membuktikan kepada ahli-ahli dengan rancangan, tindakan yang telus dan jujur mengurus Persatuan demi mempertahankan kepentingan ahli serta mendekati mereka yang memerlukan dengan sentuhan kebajikan dan kesejahteraan ;

1.5 Mereka yang memimpin perlu bersikap memberi teladan supaya mampu mengajak ahli-ahli berbuat kebajikan sebelum mengharap orang lain memberi kebajikan kepada kita. Sesuai dengan pepatah Charity Began At Home ;

1.6 Fasal 24 Perlembagaan Persatuan itu adalah sesuatu yang cukup indah dan ianya perlu dibaca oleh semua dan dihayati dan diamalkan sepenuhnya demi PBPM dan niatkannya sebagai AMAL JARIAH TERAKHIR sebelum diterima menyertai Persatuan lain bila jasad tidak bernyawa ;

1.7 Persatuan perlu berusaha mengesan dan mencari bekas-bekas Polis bukan hanya berharap dan menunggu mereka datang kepada Persatuan. Ini perlu kerana ada segelintir bekas polis itu merasa mereka tidak dipedulikan dan tidak lagi dihargai menyebabkan mereka pencilkan diri kerana kecil hati ;

1.8 Ahli-ahli serta keluarga perlu disatukan dan didedahkan dengan pelbagai kegiatan yang mengakrabkan hubungan mereka sebagai satu pasukan yang sepakat dengan tujuan yang sama untuk mendapat berkat ;

1.9 Semua kepentingan peribadi TIDAK harus ada ;

2.0 Semua ahli Persatuan hendaklah menyedari bahawa Persatuan ini adalah organisasi sukarela dan sewajarnya setiap ahli wajib bersikap tolong menolong bukan tekan menekan atau tindas menindas serta tidak perlu berpuak-puak.

Alfatihah untuk Sjn 61161 Maajin Bin Islama

Bacaan Alfatihah untuk Allyarham Sjn 61161 Maajin Bin Islama  dimasukkan ke Hospital daerah Lahad Datu pada 30 JUN 2009 jam 02.30 pagi dan menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital itu pada 01 JUL 2009 jam 22.50 malam disebabkan penyakit dalam perut.   Ucapan takziah dari saya Hj Idris Jikon dan isteri serta semua AJK dan Ahli-Ahli Persatuan Bekas Polis Malaysia Cawangan Silam kepada  isterinya Rosmah Binti Lumayang dan  7 orang anak-anaknya serta ahli keluarganya yang lain atas pemergian suami dan bapa tercinta dalam usianya yang masih muda. Bagaimanapun redhalah kerana Allah  SWT lebih menyayanginya.  Jawatan akhir Allahyarham adalah  Sjn Operasi di Balai Polis  Lahad Datu. Dilahirkan 55 tahun yang lalu di  Kampong Lalang Semporna. Semoga semua amal baiknya diterima dan dosanya diampuni Allah serta rohnya aman dan tenang bersama roh orang-orang yang beriman. Amien 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.